Betulkah Darurat Tidak Jejas Ekonomi Negara – Najib

DARI FB NAJIB RAZAK

JIKA darurat tak jejas ekonomi dan adalah untuk kebaikan semua, kenapa pula peningkatan kadar pengangguran belia semakin naik?

Disember 2020: Naik 0.2% ke 13.2%

Januari 2021: Naik 0.3% ke 13.5%

Februari 2021 (terbaru): Naik lagi 0.4%

Kadar pengangguran belia bukan semakin naik sahaja, malah kelajuan peningkatan ini turut semakin tinggi.

Naik 0.2% bulan Disember, naik 0.3% bulan Januari dan naik 0.4% bulan Februari.

Laproran rasmi terbaru Jabatan Perangkaan kata sebanyak 52.4 ribu lagi orang belia menganggur pada bulan Februari sahaja dan menigkatkan jumlah belia yang menganggur ke 347.6 ribu orang.

Tak ada sesiapa yang kisah bahawa anak muda yang menganggur bertambah lebih 52,000 orang dalam tempoh sebulan sahaja ke?

Gaji permulaan graduan pula jatuh 50% dan kini di bawah paras gaji minimum RM1,200 sebulan yang ditetapkan kerajaan.

Adakah ini dikatakan darurat tak jejas ekonomi dan pelaburan?