Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SPR Terima Notis Pemberitahuan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan mengenai kekosongan...

Mazidul Akmal Koma Sementara...

SEREMBAN - Anak tunggal kepada pramugari pesawat MH17 tidak dapat menahan kesedihan di...

5,000 Jemaah Sertai Solat...

SHAH ALAM - Suasana sedih menyelubungi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di...

‘Biker’ Maut Rempuh Kereta...

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z750 maut selepas merempuh kereta...

Betul Ke Zarina Anjoulie Lari Ke Brunei Sebab ‘Dibuli’?

PELAKON penuh kontroversi di Malaysia, Zarina Anjoulie yang baharu dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kerana kesalahan positif dadah jenis syabu kira-kira 3 tahun lalu mahu ‘lari’ ke Brunei?

Itulah persoalan yang menjadi tanda tanya netizen. Menerusi laman makro Twitternya, Zarina telah memuat naik status yang menyatakan dirinya sedang bersiap untuk meninggalkan Malaysia dan memulakan kehidupan baru.

Adakah ia berpunca daripada pelbagai isu ‘panas’ yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini?

Pelakon drama siri Anak Pontianak itu juga berkongsikan video berdurasi 15 saat dengan status “Bye guys Love U.”

Bye KL, saya tidak akan kembali sebab kamu semua suka membuli saya disini bukan? Jadi… macam bawa diri,” katanya dalam video tersebut.


Zarina kemudiannya memuat naik satu lagi status dan video yang menunjukkan dirinya baru sahaja tiba di Brunei dan sedang menunggu bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan.

Tidak pastilah sama ada pelakon berusia 29 tahun itu benar-benar mahu tinggalkan Malaysia atau pun tidak, namun apa yang pasti dia diarahkan untuk menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori