Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perak Naikkan Insentif Pemenang...

IPOH - Kerajaan negeri akan menaikkan bayaran insentif kemenangan pada temasya Sukan Malaysia...

Biro Politik BERSATU Bincang...

PUTRAJAYA : Biro Politik BERSATU dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi mandat...

Lelong.my Mahu Capai Pendapatan...

PETALING - Syarikat induk pasaran dalam talian tempatan Malaysia, Lelong.my, Interbase Resources Sdn Bhd, mahu meningkatkan pendapatan kepada RM360...

GAMBAR: Operasi Banteras Aktiviti...

BEBERAPA wanita dipercayai warga asing berpakaian mencolok mata dan dipercayai menjadi GRO ditahan...

Usia 33 Tahun, Nikko Monyet Salji Tertua Amerika Utara

SEEKOR monyet salji atau The Japanese Macaque diangkat sebagai monyet tertua di rantau Amerika Utara kerana mampu mencapai usia sehingga 33 tahun.

Foto-foto monyet salji yang dikenali sebagai Nikko dimuat naik oleh pengusaha zoo haiwan Minnesota, Amerika Syarikat menerusi laman sosialnya.

Nikko menyambut ulang tahun ke-33nya pada 7 September iaitu semalam. Difahamkan, Nikko adalah satu-satunya dari spesiesnya yang mampu mencapai usia sebegitu.

Sebuah video pendek berdurasi satu minit lebih memaparkan kelincahan Nikko bermain dan melompat bersama kumpulannya.

“Nikko tiba di zoo haiwan ini pada tahun 2001. Sejak itu, dia menjadi salah satu tarikan di tempat ini,” kata pengurus zoo, Tom Ness.


Tambah Ness, sifat Nikko yang ‘tenang’ membuatkannya boleh mencapai umur 99.5 peratus lebih panjang daripada spesiesnya.

“Sebagai salah seekor jantan yang dominan, Nikko seekor monyet yang ‘tenang’ dan selalu membantu mewujudkan kedamaian di antara kumpulannya.

“Sifat itu yang mungkin menyebabkan dia hidup dua kali lebih panjang daripada spesiesnya,” jelas Ness. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori