Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5 MoU Dimeterai Sempena...

KUALA LUMPUR - Syarikat dan agensi kerajaan negara-negara Islam hari ini memeterai lima...

Jangka Durian Dieksport Ke...

SERDANGv- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjangka buah durian Malaysia akan dapat...

Remaja 17 Tahun Maut...

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan...

Kanak-Kanak Mati Lemas Ketika...

SEREMBAN - Kegembiraan tiga kanak-kanak menghabiskan cuti hujung minggu di Rantau Eco Park...

Beruang Polar Buat Lompatan Akrobatik Ke Dalam Salji

PULAU SPITSBERGEN – Beberapa keping gambar menunjukkan seekor beruang polar membuat lompatan akrobatik ketika memburu haiwan buruannya yang menyorok di bawah salji dikongsi dua jurugambar hidupan liar baru-baru ini.

Susunan gambar menakjubkan itu dikongsi Richard Sale dan Per Michelsen dalam buku baharu mereka, The Arctic bagi menonjolkan antara kawasan hidupan liar terakhir di dunia.

Beruang polar betina itu dipercayai sedang memburu anak anjing laut yang bersarang di bawah lapisan ais di timur Pulau Spitsbergen, salah sebuah pulau dalam gagasan kepulauan Svlabard di Norway.


Dua ekor anak beruang polar turut kelihatan dipercayai baru keluar dari sarang tempat kedua-duanya dilahirkan beberapa bulan lalu.

Beberapa gambar menarik lain dalam buku itu turut menunjukkan bangkai walrus yang dibawa ke daratan oleh pemburu Yuppiat di Chukotka, wanita suku kaum Nenet menyediakan kasut daripada kulit rusa dan air terjun beku Gullfoss di Iceland. – Agensi

Kategori