Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

‘Ubat Darah Tinggi Ditukar,...

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia...

Cara Mudah Lepasan SPM...

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu. Mesti ramai...

“Ayah Saya, Najib Razak...

SAYA tidak boleh lupa hari-hari yang berlalu selepas 9 Mei 2018, hari BN kalah...

Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditempatkan...

SUNGAI PETANI - Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Flat Paya Nahu dekat...

Bertumbuk Kerana Pokemon GO

SINGAPURA – Pokemon GO punya pasal, dua lelaki ditahan polis kerana bergaduh, penahanan pertama di negara berkenaan membabitkan permainan itu sejak ia dilancarkan di Singapura pada 6 Ogos lalu.

Dalam kenyataan hari ini, polis menyatakan dalam kejadian Ahad lalu, mereka menerima panggilan mengenai pergaduhan antara seorang pemandu dan seorang pejalan kaki di pintu masuk letak kereta Plaza Singapura berusia 28 dan 33 tahun.

Siasatan mendapati pejalan kaki berkenaan bermain Pokemon GO ketika melintas jalan dan marah apabila pemandu terbabit membunyikan hon menyebabkan tercetus perbalahan sebelum mereka mula bertumbuk.

Kedua-dua mereka ditahan di tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu, polis sedar dengan rungutan orang ramai di media sosial yang tidak senang dengan sikap pemburu Pokemon tidak menghiraukan keselamatan, termasuk meletak kenderaan sesuka hati dan melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. – AsiaOne/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori