Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pembaca Berita RTM Farit...

PENYAMPAI berita RTM, Farid Ismeth Emir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Assunta Petaling Jaya,...

Diskaun Tol 10% Di...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan...

Malaysia Kukuhkan Cengkaman Carta...

IPOH - Pasukan negara, Malaysia mengukuhkan cengkaman teratas dalam carta Kejohanan Ragbi Asia...

10 ADUN Kedah Angkat...

ALOR SETAR - Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan lapan daripadanya...

Bertenang, Istiqamah Bersama Parti – Noraini

KEKAL… Semua ahli UMNO di seluruh negara diminta agar bertenang dan terus istiqamah bersama parti dalam perjuangan memenangi semula keyakinan rakyat, kata Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Pada masa yang sama, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia itu menyeru seluruh jutaan ahli parti berkenaan juga mesti berfikiran positif dan bersikap rasional dalam apa juga keadaan terutama ketika berdepan masalah.

“Ini termasuklah dalam isu beri layanan adil sejajar dengan prinsip innocent until proven guilty (seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagai bersalah) kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Janganlah ahli-ahli UMNO bertindak mengikut emosi dan biarlah proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah,” kata Noraini menerusi satu kenyataan media di ibu negara semalam.

Ujar beliau yang dipetik oleh portal UMNO-Online, sayap Wanita UMNO berharap apa yang berlaku terhadap beberapa pemimpin parti itu ketika ini tidak mematahkan semangat perjuangan ahli-ahli parti berkenaan.


“Jangan sampai fokus dan tumpuan kita ke arah memulih dan memperkasakan semula parti keramat ini terjejas dan teralih susulan penangkapan dan pendakwaan ke atas Presiden parti.”

Sehubungan itu, tegas Noraini yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong, semua pihak dalam parti harus menunjukkan solidariti pada saat UMNO dan pemimpinnya sedang diuji. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori