Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Ditahan Terlibat...

MELAKA - Dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam sindiket pemalsuan dan penjualan lebih...

Tapak 1Malaysia Youth Akan...

PAPAR - Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau dengan...

Aneh.. Telur Ayam Siap...

SEORANG penternak ayam di China terkejut apabila mengetahui ayam miliknya menetaskan telur berbentuk...

Kempen Guna Stevia Selepas...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan bercadang mengadakan program promosi penggunaan stevia sebagai pengganti...

Bertemu Yuszlan Yon: Melayu Gipsi Seni

MINGGU lalu ulasan buku Kisah di Sebalik Bulan (KdSB) menerima banyak tanggapan umum. Antaranya: Sayang sekali, penulisnya bekas penagih tegar. Atau ada komen positif: Wah! Budak gagal SRP berjaya jadi seniman jalanan dan pelukis popular di eropah.

Yuszlan Yon antara puluhan ribu, malah mungkin ratusan ribu anak muda era lapan puluhan yang terperangkap dengan idea seni yang rebel.

Era Rebel Without Cause ala James Dean ini tampil dengan pakej pengaruh dadah yang dipromosi gerakan muzikal anti establish yang menyokong agenda Flower Power.

Bertemu Yuszlan Yon: Melayu Gipsi Seni

Kempen Flower Power dengan imej kutu jalanan berambut panjang dan kaca mata hitam serta berkelana tanpa sepatu, sekelip mata menjalar ke Asia. Menyebar mentaliti woodstock tujuh puluhan ala Ashbury Haight, San Francisco.

Ashbury Haight pada era tujuh puluhan ialah bandar tempat reformasi hippies bermula. Reformasi yang menyatukan idealisme anti perang seluruh AS.

Namun, idea ini dicemar penyalah gunaan dadah dan seks bebas. San Francisco menjadi kota sohor tempat ribuan penagih dadah berkumpul dan melaungkan kempen anti perang Vietnam dan anti Presiden Nixon.

Baca: Buku Kehidupan Di Sebalik Bulan: Hips & Happening

Sepanduk anti perang dan idealisme morfin, heroin, kokain dan pil psikotrapik sinonim dengan idea kebebasan ini. Seks bebas pula muncul sebagai simbol menentang nilai suci institusi kekeluargaan AS.

Sedekad budaya hippies yang dihangatkan dengan pengaruh John Lennon & Yoko Ono, Chuck Berry, Rolling Stones dan Bob Dylan berjaya mencetuskan gelombang anti White House dan Pentagon di seluruh dunia.

Sedekad juga, melalui muzik hippies cetusan puluhan artis berprofil tinggi termasuk Deep Purples, Whitesnake, Rainbow, Uriah Heep, Pink Floyd, The Animal dan ratu blues Janis Joplin (1943-1970), menularkan wabak hippies sepantas penyakit hawar.

Bertemu Yuszlan Yon: Melayu Gipsi Seni

Di Kuala Lumpur, irama blues dan rock turut membawa bahang pemberontakan. Lagu Give Piece A Chance dan House of The Rising Sun mempengaruhi anak muda seperti Yuszlan Yon.

Gagal persekolahan di peringkat SRP, dan tanpa pendidikan, Yuszlan hilang arah lalu terjebak dengan heroin pada usia 16 tahun.

Leboh teruk, kesan kekeliruan minda akibat gangguan kognitif kerana autism menjadikan Yuszlan naif. Ketika menagih heroin, Yuszlan beranggapan dirinya mengambil ubat moden untuk mengatasi masalah kebosanan yang kebingungan.

“Saya tak tau apa saya hisap. Apa itu dadah? Saya anggap itu benda biasa. Di mana-mana orang mengambil heroin,” katanya dalam sesi wawancara sempena Pasar Buku Perpustakaan Bangi pada Sabtu, 25 Mac.

Kata Yuszlan, kalau dadah salah pun, waktu itu semua kawan-kawannya mengambil dadah. Malah, bekalan dadah boleh dibeli di mana-mana dan digunakan secara terbuka.


Setelah menagih selama hampir dua dekad, pada 2007, barulah dia sedar dirinya ketagihan teruk. Tubuhnya hamba dadah dan dirinya kini sedang menuju kematian yang sia-sia.

Dalam novel KsSB, semua fragmen period penagihan ini ditulis secara diperinci. Dari A ke Z; trek perjalanan dirinya terjebak dengan dadah. Malah, cinta dengan gadis anak jutawan, memburukkan lagi tahap ketagihannya.

“Akhirnya, daripada mati kojol sebab dadah, saya nekad tinggalkan KL. Saya pergi KLIA… cukup tambang sehala ke UK. Saya terbang ke Heatrow. Sampai London, duit ada 17 pound,” ceritanya pada hampir 50 pecinta buku.

Di eropah, bakat bermain muzik dan menyanyi di jalanan menjadi kerjaya awalnya selama tiga tahun. Bergelandang antara London ke Paris dan Warsaw.

Walapun kognitifnya terganggu kerana autism dan disleksia, dia berusaha menyanyi di jalanan untuk menyambung kehidupan dari kota ke kota di sembilan negera eropah.

Walaupun ada sindrom disleksia, Yuszlan dinilai menarik di mata wanita. Sikap easy going dan suka berjenaka, menjadikan dirinya popular.

Akhirnya, dia berjaya memikat hati doktor dentis kelahiran Poland. Hubungan akrab akhirnya mekar jadi cinta. Tuahnya bermula, apabila gadis itu mengunjungi rumah sewanya. Melihatkan koleksi lukisan Yuszlan, semuanya mula berubah.

Dentis yang setengah mati menyintainya, berusaha membawa siri pameran koleksi lukisannya ke sembilan kota eropah.

Buku Kehidupan Di Sebalik Bulan: Hips & Happening
Buku Kehidupan Di Sebalik Bulan: Hips & Happening

“Saya tak sangka, koleksi lukisan saya dipamer di Berlin, Budapest, Paris, Warsaw dan Prague.

“Ia pameran eksklusif. Barangkali sebab saya macam budak bodoh, hasil karya saya dinilai unik,” cerita sambil ketawa dalam wawancara hampir sejam.

Menyanyi di jalanan selama tiga tahun sekadar mampu untuk menyara sarapan roti dan secawan kopi. Tetapi lukisannya menjadikan kantungnya padat berisi.

“Akhirnya, saya rindu kampung halaman. Saya balik buka bisnes chalet dan hotel bajet. Saya fikir untuk berkahwin. Nak gadis Melayu,” katanya serius.

Selamat maju jaya Yuszlan Yon. Jangan mengalah. Steve Job juga penggila woodstock. Idea komputer sebagai senjata maklumat awam antara pengaruh hippies yang membuatkan Job berjuang di dunia gajet demi membebaskan AS daripada manipulasi maklumat White House dan Pentagon sejak era Perang Vietnam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori