Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

AGM Majlis Peguam Dijangka...

KUALA LUMPUR - Suasana 'panas' dijangka berlaku pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam...

2 Beradik Yatim Piatu,...

JOHOR BAHRU - Bergelar yatim piatu sejak dua tahun lalu dan menyara hidup...

Hew Letak Jawatan Selepas...

PETALING JAYA - Hew Kuan Yau hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai...

“Dakwa Saya, Keluarga, Bekas...

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini...

Bersediakah DAP Hapuskan Sekolah Satu Aliran?

KUALA LUMPUR – “Salah satu agenda utama perjuangan DAP adalah negara ini tidak ada bangsa atau suku kaum sebaliknya semua dikenali sebagai bangsa Malaysia sahaja.”

Demikian dakwaan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu ke atas DAP yang merupakan salah sebuah parti pembangkang dalam komponen Pakatan Harapan.

Beliau namun mempersoalkan sama ada DAP dan penyokongnya bersedia memansuhkan setiap perkara berunsur Cina di negara ini termasuk sekolah aliran vernakular, nama jalan dan nama pada bangunan dimiliki kaum Cina.

Ia kerana dakwa beliau, agenda DAP itu juga bermaksud segala mercu tanda dan simbol berkaitan sesuatu kaum di negara ini perlu dilenyapkan dan hanya menggunakan simbol atau perkara yang melambangkan Malaysia sahaja.

“Rakyat yang mahukan identiti berkenaan seperti yang sering diagendakan oleh DAP perlu menukar semua perkara berkaitan sejarah dan asal usul mereka terutama daripada segi kaum dan bangsa mereka.

“Bersediakah DAP dan penyokong DAP menghapuskan sekolah satu aliran seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), tukar semua nama jalan dan bangunan, apa sahaja perkara yang ada unsur Cina, keturunan dan asal usul mereka,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramesh Rao mendakwa, DAP sebenarnya mahukan identiti bangsa Malaysia yang mengikut kehendak mereka yang akhirnya mungkin menjadikan negara ini seperti Singapura yang jelas dikuasai etnik Cina.


Dakwa beliau, walaupun Singapura kelihatan seperti sebuah negara maju, tapi identiti sebenar yang ditonjolkan ialah kepimpinannya dimonopoli oleh bangsa Cina, manakala pemimpin Melayu dan bangsa lain terlalu sedikit.

“DAP mahu perintah Malaysia cara mereka, sebab itu dalam Pakatan Harapan, DAP sebenarnya yang berkuasa bukan parti yang jadi ahli di dalamnya, parti lain itu hanya mahu menumpang kuasa sahaja.

“DAP yang ada cita-cita besar dan bernafsu untuk kuasai negara ini dengan cara mereka,” dakwanya lagi.

“Jangan termakan dengan pujuk rayu ini kerana masa depan negara akan rosak dek corak pemerintahan DAP yang akan mementingkan pemimpin dan bangsa mereka dulu tanpa memikirkan rakyat lain seperti apa yang Barisan Nasional (BN) lakukan sekarang ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori