Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Gagal Keluar Duit, Peniaga...

SIBU - Gara-gara gagal mengeluarkan wang, seorang peniaga naik berang dan memecahkan skrin...

Lebih 20 Juta Berdepan...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih 20 juta rakyat...

Banjir Kilat: DBKL Perkasa...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat persiapan rapi untuk menghadapi...

Anak Lelaki PM UAE...

ABU DHABI - Dubai mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari selepas anak kepada pemerintah Emiriah...

BERSATU Usah Ganggu Kerusi Tradisi UMNO, BN – Tok Mat

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disaran memberi tumpuan kepada kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH), untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia bagi mengelakkan BERSATU mengganggu kerusi tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sehingga mengundang konflik serta pertelingkahan berterusan antara parti terbabit.

“Saya pun tak faham. Ini kali pertama saya cakap, kenapa (BERSATU) mesti ganggu atau kacau rumah tangga UMNO, BN? Kenapa BERSATU nak berkubang dalam kubang kita? Berkubanglah dalam kubang AMANAH (Parti Amanah Negara), kubang PKR.

“Praktikkanlah strategi lautan biru (Perikatan Nasional/PN) di kawasan AMANAH, PKR dan DAP, kerana di sini sudah ada lautan merah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bual Bicara Eksklusif bersama Timbalan Presiden UMNO yang disiarkan menerusi Facebook Live, malam tadi.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kemarahan akar umbi UMNO timbul ketika ini antara lain disebabkan tindakan beberapa pemimpin BERSATU mahu meletakkan calon bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi UMNO serta BN.


“Jadi Perdana Menteri (wakil rakyat BERSATU), tak apalah, kita setuju. Walaupun kita tidak ada jawatan penting, jawatan kanan, tak apa kerana kita sudah berjaya jatuhkan DAP. Itu asasnya, tetapi sekarang main cerita UMNO tamak kuasalah, tak dapat jawatanlah. Ayuhlah kawan.

“Saya nak tanya, kenapa kamu tidak boleh ambil kawasan PKR, kawasan AMANAH. Kawasan pembangkang ini lebih besar di sana. Campur PKR, campur DAP, ada hampir 100 kerusi,” katanya.

Konflik antara UMNO dengan BERSATU terus berlarutan apabila pada hujung minggu lalu, lebih 140 bahagian UMNO mengusulkan kepada kepimpinan tertinggi parti supaya menghentikan kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15. – BH Online

Kategori