Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Mengapa BN Masih Terlalu...

Secara ilmiah, data dan sains, Barisan Nasional (BN) berada di kedudukan 'selesa' untuk...

Gulai Lemak Cili Padi...

Buat anda yang tertanya-tanya resipi apa kalini, haa jom kita pekena masakan gulai...

GoPlug, Beg Sandang Dengan...

POWER Bank yang digunakan sebagai 'bateri tambahan' peranti pintar kini boleh dimiliki pada harga...

Polis Letak Dadah Lepas...

(Berikut adalah penafian oleh polis Selangor berhubung dakwaan berkenaan)Susulan penyebaran mesej dari Pegawai...

Sampai Terkangkang Pelajar Perempuan Main Game!

UMUM sudah mengetahui yang remaja dibawah umur 18 tahun dan berpakaian sekolah tidak dibenarkan untuk masuk ke tempat arked permainan dan cyber cafe.

Namun, peraturan berkenaan hanyalah pada kata-kata sahaja dan tiada penguatkuasaan dilakukan sehingga kini, masih ada remaja berpakaian sekolah tiada ‘segan silu’ mengunjungi pusat-pusat permainan ini yang semakin ‘berkembang’ pesat terutamanya di ibu negara.

Terbaru, Malaysian Crime Watch (MyWatch) memuat naik video lima pelajar perempuan yang masih berpakaian sekolah sedang berhibur dan berseronok di sebuah pusat permainan di Kajang, Selangor.

Video yang dimuat naik dalam Facebook hari ini, berdurasi 16 saat memaparkan rakaman yang tidak disedari pelajar berkenaan sedang leka bermain di salah sebuah arked permainan di premis yang dipercayai turut menjalankan operasi perjudian.

Mywatch dalam kapsyen video berkenaan turut menulis mengenai premis yang terletak di dalam Metro Point, Kajang itu menjalankan aktiviti perjudian tanpa pengetahuan pihak berkuasa.


Dihadapan kedai berkenaan turut dipaparkan ‘Pakaian Sekolah dan Bawah Umur 18 Tidak Dibenarkan Masuk’.

Tetapi, menjadi persoalannya apabila gelagat lima pelajar sekolah berkenaan tidak mencerminkan arahan yang dikeluarkan pusat permainan tersebut.

Mungkin, situasi ini bukanlah sesuatu yang baru namun ianya semakin berleluasa kerana tiadanya penguatkuasaan.

Netizen berharap pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada supaya tiada lagi kejadian sama berulang lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori