Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Gambar Viral, Anak Obama...

GAMBAR anak bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama iaitu Sasha Obama menjadi...

Lokman Mungkin Ambil Tindakan...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor...

Lebih RM7,000 Rampasan 11...

KUANTAN - Lebih RM7,000 nilai pelbagai jenis barangan dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam...

Covid-19: Zionis Sengaja Abai...

RAMALLAH - Langkah Israel untuk tidak memberikan vaksin Covid-19 kepada tahanan Palestin dianggap...

Bernama Roadshow 2018 Kini Di Sunway Putra Mall

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Sunway Putra menjadi lokasi kelima program jerayawara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) atau Bernama Roadshow 2018 yang berlangsung hari ini dan esok selepas mendapat sambutan menggalakkan sebelum ini.

Pengurus Kanan Bahagian Jualan Nasional Bernama, Norena Yaacob berkata hampir 2,000 orang mengunjungi pameran Bernama bermula jerayawara pertama yang diadakan 28 Ogos lepas sehingga kini.

“Sebenarnya ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat apa sebenarnya fungsi Bernama daripada sekadar menyebarkan berita.

“Kita ada pelbagai platform bagi syarikat untuk mempromosikan dan memasarkan jualan, acara dan produk. Dan kita akan berada di sini selama dua hari bermula hari ini dan esok, 11 pagi hingga 4 petang,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Norena, kaunter pendaftaran bagi program larian Bernama Gembo-Gembo Run pada 22 Sept ini turut dibuka pada progran jerayawara itu.

Antara pengisian jerayawara hari ini ialah pengedaran Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept selain promosi platform media sosial Bernama, saluran ​​​​​​​Bernama News Channel (BNC) dan Bernama Radio.


Selain itu, program tersebut turut mengadakan demonstrasi penjagaan kulit dan mekap percuma, persembahan lagu patriotik daripada pasukan koir kakitangan Bernama, tutorial hijab buat para pengunjung dan uji bakat mencari pembaca berita bagi televisyen dan radio Bernama.

Bernama Roadshow 2018 adalah program kerjasama antara Jabatan Niaga, Bernama Radio dan BNC yang menjelajah beberapa lokasi antaranya di dataran kompleks beli-belah Sogo, Jalan Lot 10 Jalan Bukit Bintang, Jakel Mall di Jalan Munshi Abdullah dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Lokasi terakhir adalah di Taman Botani Shah Alam bersempena dengan program Bernama ​​​​​​​Gembo-Gembo Run yang bakal diadakan pada 22 Sept. – BERNAMA

Kategori