Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tayar Melantun Timpa Kepala...

MALANG tidak berbau. Seorang lelaki mengalami retak di bahagian tengkorak dan dada selepas...

Buat Aduan Di Pejabat...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta orang...

Syarikat Mexico Temui Telaga...

MEXICO – Syarikat minyak Sierra Oil and Gas mengumumkan penemuan sebuah medan minyak...

Guru Tadika Didakwa Cederakan...

KAJANG - Seorang guru tadika berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di...

Berlari Dalam Salji Keadaan Bogel Untuk Awet Muda

INILAH rejim kecergasan paling pelik dan tidak senonoh. Berjoging dalam keadaan telanjang ketika salji pada suhu -9 darjah C bukan satu idea yang baik. Mungkin kalau berlari dengan lengkap berpakaian, ia masih boleh diterima akal.

Namun dengan telanjang sambil berlari, memang mengarut. Tapi itu yang dilakukan oleh Inna Vladimirskaya, 32, yang akan berlari di sungai Dnieper, Kiev, Ukraine, setiap pagi Ahad.

Selain berjoging dia turut berenang. Tanpa mempedulikan cuaca sejuk dan orang ramai, dia selamba berjoging.

Rejim kecergasan itu diamalkannya selama 9 tahun bersama dengan suaminya. Dia percaya cuaca sejuk membeku itu akan menjadikan dia awet muda dan sihat.

Amalannya itu telah dirakamkan oleh jurugambar Czech, David Tensinsky yang mendengar mengenai rejim pelik tersebut.

“Setiap minggu saya akan berlari dalam salji dan kemudian berenang dalam air. Air sejuk itu mengaktifkan peredaran darah dan turut membuang lemak serta membentuk otot.


“Ia menjadikan kulit muda. Saya cuma pastikan saya tidak akan berendam lama dalam air. Sebaik sahaja saya keluar dari sungai itu, saya akan keringkan badan dan masuk dalam kereta,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori