Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri, Lelaki Tempatan...

Serian : Suami isteri warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan meninggal dunia dalam...

Daerah Segamat Kembali Dilanda...

JOHOR BAHRU — Hujan lebat sejak pagi menyebabkan Segamat kembali dilanda banjir pada...

Rayer, DAP Lapor Polis...

GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar...

Vaksin Denggi Sudah Memadai,...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar denggi Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan menjalankan ujian lapangan...

Berita MBSA Diarah Tarik Balik Laporan Polis Palsu

SEJAK semalam, tersebar berita menyatakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima arahan kerajaan negeri, meminta anggota penguatkuasanya menarik balik laporan polis dibuat.

Ia susulan tindakan biadap pasangan suami isteri etnik Cina yang didakwa mengasarinya pada Khamis sebelum rakaman aksi suspek menjadi sensasi menerusi media sosial dan akhirnya mereka berjaya ditangkap pagi Jumaat.

Artikel yang disebarkan oleh sebuah blog itu, sekali gus menjadi viral dan menimbulkan rasa tidak puas hati ramai netizen sekali gus mengecam pihak kerajaan Selangor kerana didakwa cuba menyalahgunakan kuasa politik.

Susulan itu, pihak MBSA terpaksa tampil menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut menerusi satu kenyataan media semalam selepas teruk dikritik pengguna media sosial sebagai usaha ‘campur tangan ghaib’ berbaur korupsi.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, pihaknya tidak ada menerima sebarang arahan rasmi mengenai kes kontroversi berkenaan seperti yang didakwa dalam blog tersebut.

“Setakat ini, tiada makluman sedemikian yang dikeluarkan kepada MBSA. Perlakuan seperti itu ternyata mengganggu dan menghalang tugas-tugas seorang penjawat awam.

“Ia merupakan sebahagian daripada cabaran penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, namun tidak akan melemahkan komitmen dan semangat warga kerja MBSA.

“Kita ucapkan syabas PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana dapat menyelesaikan isu ini dalam tempoh singkat, malah berterima kasih dengan maklum balas positif diterima daripada masyarakat berhubung isu ini,” katanya.


Kes ini mendapat perhatian, selepas rakaman video memaparkan seorang pegawai MBSA dibuli dan dikepung oleh sepasang suami isteri ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, tersebar menjadi viral.

Pada Jumaat, Mahkamah Majistret Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 14 hari kepada pasangan tersebut, Lor Ka Hoo, 35, dan isterinya, Tan Sit Fun, 30, selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kedua-dua tertuduh diarah untuk membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang dan jika gagal, mereka bakal dihukum penjara selama tujuh hari.

Bagaimanapun, Majistret P. Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman kepada kedua-dua tertuduh hingga selesai rayuan. Pasangan etnik Cina itu dibebaskan dengan jaminan RM2,000 seorang. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MBSA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori