Beri Ruang Kerajaan PH Kaji Sekolah Vernakular

KUALA LUMPUR – Beri ruang kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji cadangan memansuhkan sekolah vernakular yang diusulkan menerusi resolusi Kluster Pendidikan Kongres Maruah Melayu, semalam.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun menasihatkan para pengamal media supaya tidak terlalu menekankan isu tersebut.

“Itu hanya satu isu, biar kerajaan kaji cadangan resolusi itu dan isu yang dimainkan oleh kumpulan terbabit.

“Kita akan respon kepada isu tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, mahasiswa Pendidikan Jasmani, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fatin Aqilah Rahim menggesa kerajaan perlu terus komited kepada agenda memperkasakan sekolah kebangsaan dan memansuhkan sistem sekolah vernakular kerana ia tidak memupuk perpaduan yang sepatutnya di negara ini.

Katanya, hanya sekolah satu aliran saja yang dapat mendidik serta memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi masa depan yang bakal mewarisi negara ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...