Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Minat Elfira Loy Tidak...

KUALA LUMPUR - Pernah berlakon sama dalam drama Kelas 601 untuk siaran Astro...

Kerajaan Bantu Mangsa Kebakaran...

KUALA PERLIS - Kerajaan Perlis akan memberi penempatan sementara kepada tiga keluarga dan...

Kes Rakaman Audio, 12...

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam percakapan 12 daripada 20 individu yang disebut...

Berisiko Biarkan Omicron Jadi...

KUALA LUMPUR: Pandangan yang menganggap Omicron mampu menjadi 'vaksin semula jadi' untuk melawan...

Beri Peluang PH Berterus Terang ‘Janji’ Tidak Ditepati

KUALA LUMPUR – Berikan Pakatan Harapan (PH) ruang untuk berterus-terang kepada rakyat dan mengakui sesetengah janji yang dibuat adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan.

Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Lim Kit Siang berkata, beliau percaya rakyat Malaysia akan menghargai usaha ini (berterus-terang) daripada kerajaan cuba untuk menyembunyikannya.

“Marilah juga kita menilai dan menyemak kembali, mana-mana janji yang kita tidak berjaya tunaikan dalam masa 100 hari atau pun dalam tahun pertama dan kita yakinkan rakyat Malaysia yang kita kini berada dalam hala tuju yang tepat untuk membina Malaysia Baharu.

“Lima tonggak utama yang dijanjikan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 PH masih lagi menjadi panduan polisi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membuat ucapan pembukaan Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk ‘Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan’ di Parlimen hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md. Yusof; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Kategori