Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hubungi Wisma Putra Jika...

KEPALA BATAS - Rakyat Malaysia yang mahu ke Istanbul dinasihatkan supaya menghubungi Wisma...

Erma Fatima Bagi Syarat...

PENGARAH dan pelakon Erma Fatima memberi syarat kepada adiknya, Datik Seri Umie Aida...

Nora Danish Semakin Berdikari...

PELAKON Nora Danish yang sebelum ini dituduh sengaja memecat pembantu peribadinya (PA) demi...

VIDEO: Awek Cun Bawak...

Bagi kaum Adam yang suka memandu laju dapat bawa kereta lebih 180km/jam dah...

Beri Keadilan Kepada Bakal Jemaah Haji

SHAH ALAM – Peraturan baharu menetapkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak daftar untuk menunaikan haji kali kedua disifatkan sebagai adil kepada bakal jemaah haji yang lain.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pendeposit yang belum pernah menunaikan ibadah haji masih terikat dengan kewajipan mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Berbanding dengan mereka yang sudah menunaikan haji, tidak lagi wajib bagi mereka untuk berbuat demikian. Justeru perlu beri peluang kepada yang belum pernah pergi haji, kerana setiap Muslim wajib melakukan ibadah untuk sekali dalam hidup mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Memetik temu bual eksklusif Berita Harian bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, TH menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji, tidak lagi dibenar mendaftar semula dengan institusi pengurusan dana haji itu untuk mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua.

Berdasarkan amalan yang dilakukan sebelum ini, pendeposit yang sudah menunaikan haji, boleh mendaftar semula selepas lima tahun untuk senarai menunggu.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peraturan itu memberi keadilan kepada pendeposit lain yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji buat kali pertama.

“Memang bagus kerana memberi peluang lebih ramai pendeposit boleh pergi menunaikan haji pertama mereka. Namun perkara itu masih perlu diteliti pihak pengurusan TH secara menyeluruh bagi mengelak TH mengalami kerugian,” katanya.

Jelasnya, TH telah menyediakan dua kaedah bagi membolehkan umat Islam di negara ini untuk menunaikan haji iaitu menerusi TH Muasasah dan TH Travel khusus untuk jemaah yang berkemampuan dari segi kewangan.


“TH Muasasah ini untuk yang tunaikan haji kali pertama dan jemaah diberi subsidi berdasarkan sistem giliran yang diguna pakai sehingga hari ini, manakala TH Travel pula memberi peluang pendeposit yang mampu untuk tunai haji kali kedua atau seterusnya.

“Jadi yang orang pergi dua tiga kali (haji), mereka guna kouta yang diberikan di bawah TH Travel. Dengan bayaran mahal antara RM50,000 sehingga RM100,000, maka yang berkemampuan boleh memilih TH Travel.

“TH Travel yang membawa keuntungan kepada TH, kerana yang muasasah, kos haji bagi seorang yang perlu dibayar RM10,000, subsidi ditanggung TH ialah RM12,000, jumlah keseluruhan kos haji RM22,000 seorang. Maka jumlah subsidi lebih besar daripada pendeposit bayar untuk pergi haji,” katanya.

Sehubungan itu, katanya TH perlu mengambil kira jemaah yang mempunyai kemampuan bagi tujuan tersebut sekali gus dapat membantu institusi itu meningkatkan pendapatan. – Sinar Harian

Kategori