Beri Identiti Baharu Lambang Pekan Bandar Diraja

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini, menitahkan agar daerah Pekan diberikan identiti baharu bagi melambangkannya terkenal sebagai bandar diraja.

Al-Sultan Abdullah menambah, bagi melaksanakan tanggungjawab itu, baginda berkenan menubuhkan sebuah jawatankuasa tadbir urus tanah kesultanan daerah Pekan yang akan memberi idea dalam melaksanakan penjenamaan semula yang melibatkan kampung tradisi di sini.

Jawatankuasa itu akan terdiri daripada ketua jabatan di peringkat daerah termasuk Pejabat Tanah dan Daerah, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pejabat Agama Islam Pekan, Polis Diraja Malaysia dan individu persendirian.

“Jawatankuasa ini berperanan bagi membincangkan kemajuan dan pembangunan tanah kesultanan, melaksanakan operasi pembersihan persekitaran dan melaksanakan operasi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kawasan tanah kesultanan.

“Jawatankuasa ini akan memberikan idea dan pandangan kepada saya dalam melaksanakan penjenamaan semula terhadap kampung tradisi selari dengan perkembangan semasa dekad ini.” – BERNAMA

Loading...