Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

ATM Tunggu Laporan Penuh...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menunggu laporan penuh siasatan kemalangan...

Pelbagai Acara Dijadual Sempena...

KUALA LUMPUR - Pelbagai acara rasmi dijadualkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan...

Imran Rimas Sering Diminta...

PENYANYI yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain memberitahu pernah berasa rimas...

Kementerian Perpaduan Negara Mohon...

Peruntukan bagi pelaksanaan pelbagai program ke arah memantapkan perpaduan kalangan masyarakat majmuk dalam...

Berhati-Hati Dengan Individu Kutip Cukai – JKDM

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan individu yang mengaku sebagai pegawai mereka untuk mengutip cukai.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri T. Subromaniam berkata ini susulan seorang lelaki berumur 42 tahun yang ditahan di Johor Bahru, minggu lalu kerana didapati bertindak sedemikian demi memperdayakan mangsanya untuk membayar cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

“Orang ramai boleh meminta ‘pegawai kastam’ berkenaan memperlihatkan kad kuasa mereka, kerana setiap pegawai mempunyai kad kuasa.

“Sekiranya gagal mengeluarkan kad kuasa bermakna mereka menyamar,” katanya yang ditemui selepas Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Serampang Indah, yang disempurnakan Anggota Parlimen Pulai merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di sini, hari ini.

Beliau berkata JKDM tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi membuat pembayaran terus kepada pegawai bertugas, sebaliknya hanya boleh dibuat di kaunter pejabat JKDM atau secara dalam talian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cukai

Kategori