Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tak Sudah Kakak, Mak...

TAK cukup dengan kakaknya, sekarang mak dia pulak nak masuk campur urusan kelambu...

Larangan Pekerja Hotel Bertudung...

PUTRAJAYA – Tindakan melarang pekerja wanita Islam bertudung bertugas di bahagian hadapan sektor...

Kenyataan Bercanggah: Ruhainies Nafi...

JIKA sebelum ini aktor kacak Azrel Ismail membuat pengakuan dirinya dengan Ruhainies sudah...

WhatsApp Nota ‘Bersiap Sedia...

ALOR GAJAH - Seorang lelaki sempat menulis sekeping nota perancangan hidupnya sepanjang 2015...

Beratus Ribu Anak Itik Jantan Direbus Hidup-Hidup

BERATUS ribu anak itik jantan telah dibunuh dengan kejam apabila ia direndam dalam air yang mendidih sebelum dimasukkan ke dalam mesin untuk dibuang bulunya.

Anak itik yang telah mati itu kemudiannya dijual kepada peniaga kedai makan atau jalanan.

Situasi berkenaan berlaku setiap hari di China, dengan anak itik jantan akan dibunuh di ladang ternakan, disebabkan ia didapati tidak berguna lagi kerana tidak boleh bertelur.

Manakala anak itik betina pula akan dijual kepada peniaga lain. Justeru jalan mudah untuk membuang anak itik jantan ini dengan cara paling murah adalah dengan merendamnya dalam air panas.

“Setiap hari, peladang akan sibuk untuk membunuh anak itik itu dan kebiasaannya beratus ribu anak itik jantan menunggu untuk dibunuh.


“Pekerja ladang akan mengasingkan itik jantan dan betina dengan itik jantan akan berdepan kematian yang tragik kerana tiada siapa mahu membelinya untuk dibesarkan,’’ kata salah seorang wartawan yang membuat laporan mengenai pembunuhan anak itik jantan itu.

Kaedah ini telah dikecam oleh aktivis namun ia tidak dihiraukan oleh penternak sebaliknya mereka menyatakan ia bukan sesuatu yang unik, sebaliknya dilakukan sejak dulu lagi. – Mynewshub.cc

Kategori