Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JDT Dan Jorge Pereyra...

BEBERAPA hari lalu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan berita perletakan...

Kerajaan Akan Dedahkan Dalang...

Kerajaan akan mendedahkan siapa dalang di sebalik kes kebocoran kertas soalan bagi peperiksaan...

Lima Lelaki Didakwa Culik,...

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

KWSP: Integriti Maklumat, Simpanan...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan kepada pencarum bahawa...

“Berat Badan Turun Banyak Sebab Sibuk Kerja” – Izreen

PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia kehilangan lima kilogram berat badan dalam tempoh singkat bukan kerana berdiet atau bersenam tetapi kerana kehidupannya yang terlalu sibuk.

Menurut Izreen, dia terlalu sibuk dengan komitmen sejak kebelakangan ini dan ia merupakan penyebab berat badannya turun secara mendadak.

“Memang berat badan saya turun banyak disebabkan terlalu sibuk bekerja dan faktor tekanan kerana tidak dapat berehat dengan cukup juga menyumbang kepada perkara tersebut.

“Sebelum ini berat saya 55 kilogram dah apabila susut lagi, memang menampakkan saya terlalu kurus.

“Alhamdulillah selepas Aidilfitri barulah saya dapat berehat, tetapi akan kembali sibuk dengan penggambaran pula selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia tidak mempunyai pilihan selain bekerja keras walaupun memudaratkan kesihatannya kerana mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga dan anak lelaki tunggalnya, Adrian Umar, 4.


Izreen Azminda dan Adrian Umar

“Saya tidak boleh bersenang-lenang kerana komitmen sangat tinggi. Saya seorang sahaja yang bekerja untuk menanggung anak dan keluarga.

“Saya perlu bayar rumah, kereta, keperluan anak dan tanggungjawab kepada ibu bapa. Jika saya tidak rajin bekerja, siapa akan bayar semua itu,” katanya lagi.

Jelasnya, jika dia ingin berkahwin pada masa akan datang, dia berharap suaminya itu dapat meringankan beban serta dapat menerima dia dan anaknya dengan sikap terbuka. -MYNEWSHUB.CC

Kategori