Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tamatkan LLA, Sukuk RM9.9...

KUALA LUMPUR - Kabinet meluluskan cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA...

Mahathir Mungkin Bertanding PRU15

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya...

Dr Zulkifli Perjelas Hukum...

SHAH ALAM - Hukum meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali hanya terpakai kepada...

PM Mahu MAIWP Sedia...

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Majlis Agama Islam...

Berakhirnya Derita Si Puntung…

LAHAD DATU – Satu daripada tiga badak sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia dimatikan hari ini menerusi suntikan dalam operasi euthanasia di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di sini.

Badak sumbu Sumatera yang berusia 25 tahun itu diberi nama Puntung sebelum ini pernah mendapat liputan media kerana menderita akibat kanser kulit.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, operasi itu terpaksa diawalkan daripada tarikh yang dirancang iaitu pada 15 Jun bagi menamatkan penderitaan haiwan terbabit.

Puntung sebelum ini menderita akibat kanser berkenaan yang tumbuh di bahagian hidung kirinya menyebabkan haiwan terancam itu sukar bernafas.


Malah akibat penyakit itu, Puntung juga berada dalam keadaan kesakitan yang berpanjangan dan tahap kesihatannya juga menurun dengan mendadak.

Oleh kerana situasinya semakin meruncing dan keadaan Puntung yang menderita, keputusan drastik diambil untuk menamatkan penderitaannya menerusi suntikan euthanasia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori