Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Kepung 6 Penjenayah...

KUALA LUMPUR - Polis kini sedang mengepung kira-kira enam lelaki dipercayai bersenjata yang...

Gol Safawi Dahului Carta...

SHAH ALAM - Gol jaringan bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad...

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura...

SINGAPURA kini berdepan dengan masalah kualiti sperma lelaki yang tidak kuat selain kurang...

500,000 Pelawat Dijangka Kunjungi...

PUTRAJAYA - Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) yang bermula hari ini sehingga 22...

Benarkah Menteri, Timbalan Menteri Terlibat Sebar Video Seks?

SHAH ALAM – Ketika pertelagahan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuncak ekoran isu video seks sejenis, kini timbul pula desas-desus benarkah terdapat penglibatan Menteri dan Timbalan Menteri di sebalik penyebaran video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Persoalan itu dikatakan timbul selepas polis dipercayai berjaya menemukan ‘pusat operasi’ kepada penyebaran video berkenaan yang turut dipercayai digunakan untuk merakamkan video pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum ini, di mana dalam pengakuan tersebut dia juga mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Mohamed Azmin.

Menurut sumber Pakatan Harapan (PH) Selangor, ada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan di ‘pusat operasi’ tersebut tetapi sama ada mereka mempunyai kaitan dengan penyebaran video seks sejenis itu masih menjadi tanda tanya.

“Saya dimaklumkan ada rakaman CCTV yang memperlihatkan kelibat Menteri dan Timbalan Menteri di premis itu, soal siapa Menteri dan Timbalan Menteri itu dan apakah benar mereka terlibat kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta mendedahkannya,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk mendapatkan pengesahan polis mengenai serbuan di ‘pusat operasi’ tersebut masih belum berjaya kerana pihak polis agak berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan buat masa ini.


Setakat ini, polis sudah menahan sembilan individu termasuk Haziq Abdullah dan Setiausaha Politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, serta difahamkan turut menyiasat salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor bagi mengenal pasti dalang utama pembikinan dan penyebaran video seks sejenis tersebut.

Anwar bagaimanapun tegas menafikan tuduhan bahawa beliau dalang utama penyebaran video tersebut, manakala Mohamed Azmin pula menafikan penglibatan dalam aksi seks berkenaan dengan menuduh ia fitnah jahat yang dilakukan pihak dalaman parti bagi tujuan menjatuhkannya.

Namun, semalam, Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu, yang pernah suatu ketika dahulu begitu akrab saling berbalas kenyataan secara terbuka, dengan Anwar meminta Mohamed Azmin meletak jawatan jika video tersebut tulen dan kemudiannya dibalas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu agar Anwar cerminkan diri terlebih dahulu. – UTUSAN ONLINE

Kategori