Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Pulau Pinang Gesa...

GEORGE TOWN - Banjir kilat berterusan yang melanda Pulau Pinang pada minggu lepas...

Cucu Tak Ambil SPM...

KUALA KETIL - Seorang cucu di Kedah yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran...

Jabatan Bomba Cadang Bina...

BANTING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bercadang membina kira-kira 37 buah rumah...

RRC Singapura: Rakyat Malaysia...

JOHOR BAHRU - Rakyat Malaysia yang memandu masuk ke Singapura setiap hari perlu...

Benar Atau Tidak 1MDB Telah Bantu Selesaikan Masalah IPP?

Dari Facebook Najib Razak

RASANYA saya sudah ulas isu 1MDB menyelesaikan kerugian RM19 bilion setahun akibat Penjana Tenaga Bebas (IPP) sekurang-kurangnya 6 kali sejak PRU14.

Tetapi TIADA seorang pun dari PH atau DAP pernah sangkal saya atau kata Najib tipu.

Satu komen pun tiada.

Sekarang saya tanya sekali lagi: Benar atau tidak bahawa 1MDB telah bantu menyelesaikan masalah IPP yang merugikan negara puluhan bilion Ringgit setiap tahun?

Jawablah!

(sebenarnya, benda ini pun dijelaskan dalam perbicaraan mahkamah tapi PH masih buat tak nampak)

Pada tahun 2011, saya berjanji untuk selesaikan masalah legasi perjanjian Penjana Elektrik Bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4.

Guan Eng tak percaya saya.

Dia sindir saya. Dia kata mana mungkin saya selesaikan masalah yang menguntungkan kroni puluhan bilion Ringgit setahun.

Tahun 2011 itu juga yang 1MDB mula membeli syarikat-syarikat IPP sebagai satu langkah penyelesaian.

Lepas kita selesaikan masalah ini, nilai saham TNB naik 3 kali ganda dari RM5 ke RM15 manakala subsidi gas Petronas jatuh RM10 bilion setahun. (semua ada rekod. Boleh check).

Tetapi Guan Eng pulak senyap apabila masalah ini diselesaikan oleh kerajaan BN masa saya PM.


Dulu dia marah kerana dia kata RM10 bilion hingga RM15 billion lesap setiap tahun akibat IPP ini.

Dia senyap pula apabila masalah diselesaikan dan negara jimat RM10 bilion hingga RM15 billion setiap tahun – jauh melebihi jumlah hutang RM32 bilion 1MDB yang banyak aset-aset lain.

“Perompak” inilah yang tunaikan janji untuk menyelesaikan masalah ini dan menjimatkan negara puluhan bilion setiap tahun sehingga rizah tunai Petronas naik sehingga RM174 bilion.

Lalu rizab tunai inilah dijarah PH dan PN selepas PRU14.

Bab subsidi gula itu pula jangan nak sebut lagi.

Sebab saya mansuhkan bukan atas isu kos tetapi atas faktor kesihatan Rakyat – bukan faktor kos.

Apakah kos RM116 juta jika dibandingkan dengan peruntukan berbilion-bilion BR1M yang dinaikkan atau ditambah kategori penerima SETIAP tahun sejak saya perkenalkan BR1M pada tahun 2012? Sebelum itu, tak pernah ada benda macam BR1M pun.

Jika subsidi gula ini adalah benda baik dan patut, kenapa pula PH dan PN tidak pernah mengembalikan subsidi tersebut sejak PRU14?

Malah dikenakan lagi cukai minimum bergula oleh PH pada tahun 2019.

Kategori