Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pharmaniaga Hasilkan Vaksin Halal...

KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd menjangkakan untuk menghasilkan vaksin halalnya dalam tempoh empat ke...

Mesej Antonio Conte Buat...

DIEGO Costa mengakui bengang selepas Antonio Conte memberitahu apa yang perlu dilakukannya pada...

2 Lelaki Ditahan, 11...

BESUT - Polis menemui rangka 11 motosikal curi di dalam sebuah tali air...

3 Lagi Balai Polis...

YANGON - Tiga lagi balai polis di Maungtaw, Rakhine dibakar pengganas dikenali Tentera...

Belum Masanya Isytihar Darurat, Kata TPM

KUALA LUMPUR – Belum masanya untuk kerajaan mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor susulan kejadian pencemaran toksid di Sungai Kim Kim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan sedang menilai situasi di kawasan tersebut sebelum boleh mengisytiharkan darurat.

Tegas beliau, isu pencemaran toksik masih di tahap negeri dan belum merebak ke peringkat nasional, justeru masalah tersebut harus diperinci terlebih dahulu.

“Untuk isytiharkan darurat itu kita akan adakan mesyuarat terlebih dahulu dan kita akan fikirkan langkah-langkah untuk menangani masalah itu.

“Kita nak isytihar darurat, jadikan ia satu ‘panic attack’ pun tak boleh juga. Kita kena menimbangkan untuk menangani masalah itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori