Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati Terima, Sebar Berita...

KUALA LUMPUR - Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam menerima dan menyebar maklumat...

Anwar Kalah Kes Saman...

SHAH ALAM - Ahli politik yang dipenjara kerana kesalahan seksual, Datuk Seri Anwar...

PCS Tolak Kerjasama Dengan...

KOTA KINABALU - Parti Cinta Sabah (PCS) tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan Barisan...

Petros Mahu Teroka Bidang,...

KUCHING - Syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan negeri Sarawak yang baru...

Belum Ada Tangkapan Kes Pembakaran Terbuka

PUTRAJAYA – Polis mengesahkan belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana berhubung aktiviti pembakaran terbuka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membendung kegiatan tersebut sekiranya diminta berbuat demikian.

“Belum ada tangkapan lagi. Kami akan mengambil tindakan jika terdapat bukti jelas mereka melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika ditemui pihak media selepas Majlis Pelancaran Kerangka Kerja Dasar Luar Malaysia Baharu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Pada 11 September lalu, JAS mengeluarkan larangan pembakaran terbuka berkuasa serta merta sehingga Monsun Barat Daya berakhir.


Larangan itu dikecualikan terhadap pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, aktiviti barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kategori