Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Najib Kecewa Dengan Senior...

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior...

Agensi Kesihatan UK Syor...

LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memberi bayangan rakyat Britain berkemungkinan memerlukan...

Kesedaran Terhadap Kanser Masih...

PUTRAJAYA - Kesedaran orang ramai terhadap kanser dan kepentingan menjalani ujian saringan dan...

Sivarasa Jumpa Jakoa Berhubung...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa akan bertemu Jabatan...

Belum Ada Keputusan Ganja Boleh Diguna Dalam Perubatan

SEREMBAN – Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan ganja digunakan sebagai perubatan di negara ini, seperti yang dilakukan di negara lain.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata ketika ini kerajaan masih mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Setakat hari ini, tidak ada lagi kajian yang diterima Kementerian Kesihatan yang menunjukkan ganja itu boleh digunakan untuk perubatan.

“Oleh itu, undang-undang sedia ada masih terpakai,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Pemerkasaan Wanita Dalam Memerangi Dadah Peringkat Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Turut hadir, Pengarah AADK negeri, Dr. Nazira Sadiron.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata jika ada pihak yang mempunyai kaedah perubatan berkenaan dadah, mereka perlu membawa perkara itu kepada Kementerian Kesihatan.


Katanya, kementerian kemudian akan menentukan jenis kajian yang perlu dilakukan sebelum menerima produk berkenaan sebagai bahan perubatan.

Apabila ditanya sama ada sudah ada mana-mana pihak yang tampil dengan sebarang kaedah perubatan berkaitan ganja, beliau berkata ia di bawah kuasa Kementerian Kesihatan.

“Seperti kita tahu, morfin, walaupun sejenis dadah, digunakan sebagai perubatan selepas mendapat kelulusan.

“Tetapi setakat ini di Malaysia, belum ada keputusan daripada kerajaan yang membenarkan ganja sebagai bahan dalam perubatan,” katanya.

Kategori