Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

8 Tabiat Baik Untuk...

SEMUA orang pasti pernah merasai situasi poket kering pada hujung bulan. Nak tunggu...

Video: “Pelacur Kau, Ambil...

TULAR menerusi media sosial memaparkan rakaman dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil...

169 Pegawai Kadet Graduan...

PORT DICKSON - Seramai 169 Pegawai Kadet Graduan mengangkat sumpah kerahsiaan di Akademi...

Lelongan Berlian Putih Dijangka...

GENEVA – Christie’s mengumumkan berlian putih terbesar pernah dilelong akan dijual di Geneva...

Belon Meletup Guna Gas Hidrogen – Polis

PUTRAJAYA – Laporan awal polis mendapati belon yang meletup sehingga mencederakan 16 mangsa di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu, menggunakan gas hidrogen.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata, pihaknya menerima dua laporan polis, iaitu yang dibuat oleh polis sendiri dan satu lagi laporan diterima daripada Kementerian Pendidikan.

“Polis sudah membuka Kertas Enkuiri Polis bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Ya, (kandungan dalam belon) hidrogen, bukan helium. Hidrogen sangat sensitif dengan alat atau bahan membakar.

“Suspek sehingga kini belum dikenal pasti. Bagi insiden ini, kita menerima dua laporan polis, iaitu yang dibuat oleh polis sendiri dan satu lagi laporan diterima dari Kementerian Pendidikan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

Rosly berkata, sehingga jam 10 pagi tadi, empat mangsa dewasa masing-masing dua lelaki dan perempuan masih mendapat rawatan dan ditahan di dalam wad di Hospital Putrajaya.


Sabtu lalu, seramai 16 orang, termasuk sembilan kanak-kanak melecur dalam kejadian belon meletup selepas Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya.

Kejadian pada jam 11.34 pagi itu membabitkan sembilan mangsa kanak-kanak dan tujuh dewasa berusia antara empat hingga 30-an.

Siasatan awal polis mendapati letupan berlaku ketika pengunjung berebut memotong tali yang mengikat tiga gugusan belon berkenaan, termasuk menggunakan pemetik api. – BH Online

Kategori