Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Belasah Lagi Timor...

KUALA LUMPUR – Malaysia mudah melepasi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala...

Kebakaran Bangunan KWSP: Tiada...

PUTRAJAYA - Kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing,...

Raja Muda Saran Para...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan para pelajar...

Pegawai Daerah Sabah Perlu...

TAMBUNAN - Semua pegawai daerah di Sabah diharap dapat memainkan peranan dalam melaksanakan...

Bella Dally Syukur Nazim Suami Yang Baik

PELAKON jelita, Bella Dally mengaku bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang tenang dan memahami akan kerjaya seninya.

Pun begitu, Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally enggan terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi dan rumah tangganya dengan aktor, Nazim Othman kepada umum.

Menurut Bella, apa yang dilalui oleh dirinya saat ini adalah sama seperti para wanita lain yang telah berkahwin dan berumah tangga.

Pada masa sama, Bella turut bersyukur kerana tidak dinafikan suaminya selama ini tidak pernah merungut mahupun menghalang minatnya untuk terus bergiat aktif dalam dunia seni.

Meskipun pasangan ini sibuk dengan karier masing-masing,namun Bella mendedahkan mereka tetap mencari ruang dan waktu untuk bersama.

“Dengan jadual penggambaran yang agak padat saya akui sangat sibuk kini tetapi Nazim sebagai seorang suami, dia bukan seorang yang cerewet.

“Memandangkan dia tahu saya seorang yang berdikari, jadi dia juga membenarkan saya bekerja,” kata Bella dipetik sebuah portal hiburan online.


Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Bella dikatakan bakal muncul dalam drama bertajuk Makmun Yang Paling Aku Cinta. Katanya, dalam drama adaptasi tersebut dia membawa watak sebagai seorang gadis yang bisu.

Jelas Bella, dalam drama adaptasi tersebut dia membawa watak sebagai seorang gadis yang bisu selain mengakui watak berkenaan agak mencabar kerana baginya bukan mudah untuk menjayakan sesebuah karakter tanpa dialog.

“Antara watak yang berat pernah saya pegang. Sebabnya bukan mudah untuk menyampaikan satu-satu mesej tanpa dialog tetapi pada masa yang sama watak ini juga memberikan saya peluang untuk belajar satu lagi perkara baharu.

“Selain itu gandingan saya dalam drama ini Nazrief Nazri juga banyak membantu saya menjayakan watak itu,” jelasnya.

Bella dan Nazim telah berkahwin pada 10 Oktober 2016. Majlis akad nikah mereka berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah dan selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori