Bella Astillah Kecewa, Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan terbaru suaminya, Aliff Aziz yang sekali lagi dilihat curang bersama seorang pelakon perempuan.

Bella Astillah mendedahkan beberapa perbualan bersama salah seorang peminat yang terserempak dengan Aliff Aziz dan pelakon perempuan bernama Oktovia Manrose di sebuah kelab hiburan.

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam telefilem tu”

“Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain dimana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete Whatsapp dia dengan heroin tu”

“Bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut,” tulis Bella Astillah.

Bella Astillah juga mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan yang suaminya keluar ke pusat hiburan itu bersama Oktovia Manrose dan menyangkal sengaja membuat cerita tentang mereka berdua. -ROTIKAYA

Loading...