Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar ‘Tersepit’ PKR Sabah,...

PKR Sabah dan Sarawak menolak Rang Undang-undang (RUU) persendirian dibawa Presiden PAS, Datuk...

TPM Zahid Tiba Di...

NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba...

Dera: Ahli Keluarga Juga...

KUCHING - Ahli keluarga seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut, Terengganu...

Lelaki Durjana Rogol Bayi...

SEORANG bayi berusia dua minggu dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal...

Belia Sarawak Mampu Warisi Kepimpinan Negeri – Abang Johari

SIBU – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melahirkan keyakinan tinggi terhadap kemampuan golongan belia Sarawak masa kini yang memiliki bakat serta kreativiti untuk mewarisi kepimpinan negeri ini pada masa hadapan.

Beliau berkata, bakat dan kreativiti yang dimiliki golongan tersebut merupakan nilai tambah kepada sumber manusia negeri ini dan masa depan Sarawak ditentukan bagaimana corak belia pada hari ini.

Menurutnya, bilangan golongan belia di negeri ini yang mampu menguasai teknologi maklumat telah meyakinkan kerajaan negeri memperkenal dan melaksanakan ekonomi digital untuk meledakkan lagi perkembangan ekonomi Sarawak.

“Inilah sebabnya mengapa kerajaan negeri dan para pemimpin sentiasa memikirkan dan sangat mengambil berat tentang masa depan golongan belia. Masa depan masyarakat kita, negeri kita dan negara kita terletak di tangan kalian semua.

“Kalian adalah sangat penting kepada kami (kepimpinan negeri). Kalian adalah aset amat berharga kepada masa depan kita,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Stadium Tertutup Sibu di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak yang berperanan untuk menyelaras kebajikan serta pembangunan belia di negeri ini serta menjadi platform berkesan dalam merancang, menyelaras, memantau serta menilai perkembangan dan hala tuju pembangunan belia di negeri ini.

“Ini penting agar mereka boleh membina jati diri sebagai golongan generasi berwibawa dan berdaya saing di masa hadapan,” katanya.


Abang Johari turut berkata, langkah kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1,000 kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2019 dalam belanjawan negeri baru-baru ini adalah untuk menyediakan dana permulaan bagi memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.

Katanya, apabila bayi tersebut sudah mencapai usia memasuki IPT, dana tersebut akan bertambah menjadi RM3,000, bagaimanapun ia boleh digunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan sekiranya gagal memasuki IPT.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaikan Anugerah Hari Belia Sarawak 2018 kepada Ahmad Qadri Basri @ Boseri (kategori lelaki) dan Dr. Lyn Ko Wei Linn (kategori Wanita), masing-masing menerima sijil, piala dan cek bernilai RM5,000.

Bagi kategori persatuan, johan dinobatkan kepada Persatuan Belia Warisan Kenyalang yang membawa pulang sijil, piala dan cek RM10,000 manakala naib johan dimenangi oleh Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM) yang menerima sijil, piala dan cek bernilai RM7,000. – BERNAMA

Kategori