Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tuduh Speaker: Tiga MP...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Parlimen dituntut mengambil tindakan terhadap tiga anggota Parlimen...

Warga Emas Hilang Di...

KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih mencari seorang warga emas berusia...

eBario Dan BSN Terima...

KUALA LUMPUR - eBario Sdn Bhd dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerima Anugerah...

Tampal Pita Paksa Anak...

DUBAI - Seorang bapa yang cuba memaksa anaknya berhenti menangis bertindak menggunakan pita...

Beli Cerek Dapat Anak Ular

LONDON – Seorang pemburu barangan murah terkejut selepas mendapati cerek elektrik yang dibelinya di sebuah kedai di sini didatangkan bersama seekor anak ular spesies Corn yang masih hidup.

Barry Downes dari Paddington di sini mendakwa dia membeli produk berkenaan pada 28 Disember lalu ketika promosi jualan murah sempena sambutan perayaan Krismas.

Dia cuma menyedari kehadiran reptilia itu selepas mengeluarkan cerek elektrik daripada kotak dan membancuh teh.

“Saya membuat secawan teh dan menikmatinya. Sebaik kembali ke dapur, saya menyedari ada satu objek bergerak di lantai lalu membuangnya ke dalam tong sampah tetapi ia mula menggeliang-geliut,” katanya.

Downes kemudian menangkap anak ular itu dengan menggunakan penutup periuk sebelum menghubungi Agensi Diraja Bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan untuk bantuan. – Agensi

Kategori