Enggan Kabur Imej, Belgium Saman Google

BRUSSELS – Kementerian Pertahanan Belgium akan mengemukakan saman terhadap Google kerana tidak mengendahkan permintaan pihaknya agar mengaburkan imej satelit beberapa…

BRUSSELS – Kementerian Pertahanan Belgium akan mengemukakan saman terhadap Google kerana tidak mengendahkan permintaan pihaknya agar mengaburkan imej satelit beberapa kawasan tentera negara ini.

Jurucakap kementerian itu memaklumkan, pihaknya telah meminta agar kawasan-kawasan seperti pangkalan udara dan loji kuasa nuklear dalam perkhidmatan pemetaan satelit Google dikaburkan atas alasan keselamatan negara.

“Kementerian Pertahanan akan menyaman Google,’’ kata jurucakap itu tanpa memberi maklumat lanjut.

Google bagaimanapun belum memberi sebarang maklum balas berhubung tindakan berkenaan. – Reuters

Loading...