Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SMK Maxwell KL Kini...

KUALA LUMPUR - Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell, di sini, kini...

56,884 Rumah Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 56,884 rumah di kawasan Hulu Langat dan Sepang dijangka...

Benarkan Keluar Caruman KWSP

KUALA LUMPUR : Kabinet perlu mengkaji semula tuntutan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang...

Najib Tonjol Penting Input...

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan terus mengalu-alukan...

Belanjawan 2021 Perlu Dilulus Untuk Kerajaan Tangani COVID-19

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat perlu meluluskan Belanjawan 2021 bagi membolehkan kerajaan menjalankan usaha-usaha menangani penularan pandemik COVID-19 selain memastikan kelangsungan operasi sedia ada tidak terjejas.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata ini penting memandangkan negara tidak mampu untuk mewujudkan risiko terhadap usaha terbabit sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan. 

Malah, katanya, tindakan tidak meluluskan belanjawan tersebut akan turut mengundang beberapa implikasi termasuk kekangan perbelanjaan kerajaan bermula Januari 2021. 

“Ia bukan sahaja (membabitkan) isu barisan hadapan menangani COVID-19 tetapi juga operasi dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan lainnya. 

“Oleh itu, adalah penting untuk Belanjawan 2021 ini diluluskan dan dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan usaha memerangi COVID-19 selain pemulihan ekonomi yang lancar demi kesejahteraan rakyat untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta pendapatan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, Ahad malam.   

Sesi pengundian Belanjawan 2021 dijangka dijalankan pada 25 November ini. 


Selain itu Johan berkata kerajaan telah mengimbangi aspek kesihatan, kehidupan serta mata pencarian rakyat ketika merangka Belanjawan 2021. 

Menurutnya, ini penting kerana penyediaan belanjawan tersebut perlu melibatkan sumber yang mencukupi untuk memastikan usaha-usaha yang dirancang tidak terjejas dan kegiatan ekonomi dapat dijalankan. 

Atas dasar itu, fokus telah diberikan terhadap golongan rentan atau mudah terjejas dan pada masa sama tidak mengabaikan golongan M40 demi kelangsungan kehidupan mereka. 

Beliau berkata, ini termasuk mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 9.0 peratus daripada 11 peratus bermula Januari 2021 untuk meningkatkan pendapatan bolehguna ahli-ahli KWSP. – BERNAMA

Kategori