Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Liow Akan Bertemu PM...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau akan...

Penarikkan Subsidi Bagi Tepung...

PETALING JAYA - Bermula hari ini kerajaan akan menarik subsidi yang dikenakan atas...

Bonus Staf 200 Yuan...

BEIJING - Namanya ialah Wang Xuebao, seorang bos sebuah perusahaan pakar runding pelaburan...

Pendapatan Bersih MAHB 2017...

KUKUH... Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan peningkatan pendapatan bersih 224 peratus kepada...

Belanjawan 2021 Dijangka Peruntuk RM330 Bilion

KUALA LUMPUR – Peruntukan untuk Belanjawan 2021 diunjurkan berjumlah RM330 bilion, 10 peratus lebih tinggi berbanding RM297 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.

Rakan niaga, ekonomi dan dasar PwC Malaysia, Patrick Tay percaya Belanjawan 2021 dirangka bagi mengekalkan rangsangan fiskal untuk membantu Malaysia kembali kepada zon pertumbuhan positif.

“Bersama dengan rangsangan monetari dari Bank Negara Malaysia, kami menjangkakan Malaysia mencapai pertumbuhan sederhana pada tahun 2021,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah, bergantung kepada berapa banyak pendapatan atau hasil yang dijangka dikumpulkan oleh kerajaan pada 2021, ini mungkin boleh mengakibatkan defisit yang signifikan berbanding unjuran semasa iaitu 6.0 peratus kepada sekitar 7.0 – 8.0 peratus.

Tiada pecutan serta merta – paling tidak, angkara pandemik koronavirus (Covid-19) memerlukan masa untuk menangani isu kehidupan dan mata pencarian.

Menyentuh mengenai kehidupan, Tay berkata kerajaan dijangka meningkatkan peruntukan sumber ke sistem penjagaan kesihatan awam, terutamanya petugas barisan hadapan dan untuk membeli peralatan perlindungan peribadi amat penging untuk mengawal dan menguruskan insiden Covid-19.

Dengan kemungkinan vaksin hanya tersedia menjelang akhir tempoh Belanjawan 2021, peruntukan untuk membantu membeli bekalan kemungkinan ada.

“Mengenai mata pencarian pula, kami merasakan kerajaan akan terus membantu perusahaan kecil dan sederhana dan rakyat. Dengan itu diharapkan, peruntukan itu akan berterusan.


“Akhir sekali, dengan perhatian semua tertumpu kepada politik, tidaklah mengejutkan sekiranya belanjawan ini turut memberi peruntukan bagi menyokong Sabah memerangi Covid-19, Sarawak serta negeri-negeri luar bandar di utara dan pantai timur,” tambah beliau.

Ditanya mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), beliau merasakan kerajaan mungkin memperkenalkannya semula apabila pemulihan ekonomi telah benar-benar kukuh.

“Sebagai ahli ekonomi saya juga merasakan sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST sebagai langkah untuk memperluaskan asas cukai dan untuk mendapatkan pendapatan daripada ekonomi bayangan,” kata beliau.

Beliau berkata masa yang mencukupi amat penting dalam memastikan kejayaan pengenalan semula seperti sistem pemantauan harga yang teliti termasuk penguatkuasaan, membina pengetahuan untuk agensi penguatkuasaan dan mengurangkan pematuhan pengemukaan kos secara sukuan.

Tay turut menyarankan agar kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan serta menyediakan baucar tunai kepada semua isi rumah B40 yang layak, pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mengelak piramid cukai dan pengembalian cukai input secara automatik.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen petang ini. – BERNAMA

Kategori