Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Himpunan Rakyat Bersatu: 4...

KURANG 24 jam menjelang Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai 'Baju Merah',...

“Saya Bercuti Dan Jumpa...

Saya Bercuti Dan Jumpa Kenalan Lama - NajibMELAKA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang bercuti di Melaka hari ini, mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di sekitar Tangga Batu, di sini.

Ibu Kerat Bayi 8...

SEORANG wanita yang memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian sebaik sahaja dilahirkan, dijatuhi...

Kasih Seorang Ayah Yang...

SIAPA yang tak berasa sayu melihatkan gambar seorang lelaki ini yang cacat penglihatannya...

Belajar Sampai PhD, Sekarang Kerja GrabFood

SHAH ALAM – Walaupun bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD), namun seorang pemuda berusia 32 tahun hanya bekerja sebagai GrabFood menyesal kerana menghabiskan masa memfokuskan diri membina ilmu berbanding mencari pengalaman kerja.

Perkongsian pemuda tersebut di IIUM Confenssions yang dikongsi oleh @ImanQurrotuaini melalui akuan Twitternya tular dan meraih 8,400 ulang kicau dan 5,700 tanda suka di media sosial tersebut.

Berkongsi pengalaman tersebut, pemuda tersebut mengakui masih mencari pekerjaan yang yang boleh memberinya pendapatan yang stabil walaupun sudah menghabiskan pengajian PhD pada tahun 2017.

Menurutnya, dirinya telah berusaha mencari pekerjaan sejak peringkat diploma, namun usahanya hanya sia-sia sehinggalah ke peringkat PhD dan dia khuatir kerana pendapatannya hanya cukup untuk diri sendiri dan tidak mampu menyara keluarga.

Rata-rata netizen mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan pemuda tersebut.

“Alasan mereka menolak saya daripada kerja disebabkan saya terlebih layak untuk pekerjaan tersebut dan bila saya tidak menampilkan PhD dan master, mereka mempertikaikan kenapa dah lapan tahun tapi masih tiada pengalaman bekerja.

“Saya kesian pada mak ayah saya, aku patut dah mampu bantu mereka dari segi perbelanjaan supaya mereka tak perlu pening untuk berkira-kira dalam hidup dan masih menanggung tiga adik,” katanya.


Dalam pada itu, dia memberi saranan bahawa pengajian ‘postgraduate’ hanya sesuai untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman dan kepakaran tertentu dan mengharapkan pensyarah juga perlu berhenti menyasarkan lepasan ijazah untuk menjadi pelajar postgraduate mereka.

“Ilmu bukan terletak di universiti sahaja malah di kilang, pejabat mahupun di jalan pun ada banyak ilmu lagi. Usahamu di makmal postgraduate akan tersimpan di celah-celah kulit tebal dan rak buku dalam perpustakaan. Entah siapa akan membacanya nanti,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet meluahkan mempunyai pengalaman yang sama yang turut menyesal memfokuskan pembelajaran sehingga tidak mencari pengalaman bekerja dahulu yang amat diperlukan oleh majikan.

@Intan_lavender menulis: “Inilah yang aku rasakan. Kadang-kadang rasa macam menyesal dulu tak kerja selepas dapat master walaupun ada dapat tawaran kerja tapi pilih untuk sambung PhD lepas dapat tawaran penajaan. Kena banyak sabar dan reda dengan pengalaman hidup yang ALLAH nak bagi.”

“Kakak saya ada master tapi sekarang sampai tak dapat kerja. Lepas itu kahwin ada anak, sekarang ini jadi suri rumah sahaja. Mak ayah pula kecewa sebab dia antara harapan keluarga belajar bertahun namun tak dapat kerja. Apapun perancangan ALLAH itu indah dan sentiasa bersangka baik,” katanya @ImanQurrotuaini di Twitter. – Sinar Harian

Kategori