Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO : Ustaz Kazim!!...

TUMPAT (Kelantan) - Aura pendakwah bebas Ustaz Mohamad Kazim Elias memang terbukti hebat...

Pembebasan Mat Tere Ikut...

KUALA LUMPUR - Pembebasan Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali sebagai Mat...

PAS Dakwa Persatuan Hokkien...

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa Persekutuan Persatuan Hokkien tidak mengambil kesempatan untuk memahami...

Jualan Tiket VTL Malaysia-Singapura...

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan...

Belajar Di Mana Sahaja, Asalkan Nak Belajar – Ibu

JOHOR BAHRU – Belajar di mana sahaja asalkan belajar. Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh seorang pelajar tingkatan dua di sini meskipun terdapat kekangan dan tidak dapat menghadiri sesi persekolahan bersemuka yang sepatutnya bermula hari ini.

Sambil membantu ibunya berniaga makanan di tepi jalan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  semangat belajar Muhhamad Alliff Abdullah, 14, tetap kuat apabila mengikuti pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada hari pertama persekolahan.

Meskipun sedikit sukar, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru dilihat tekun mengikuti pembelajaran melalui sebuah telefon bimbit dan sebuah buku tulis untuk menyalin nota sambil diperhatikan ibunya Nur Syuhada Mohd Yusof, 32 yang kadangkala melayan pelanggan.

Jangan Risau… Klik sini

Menurut wanita itu, mereka hanya ada tiga telefon bimbit di rumah, iaitu masing-masing kepunyaannya dan suami manakala satu lagi digunakan untuk pembelajaran Muhhamad Alif yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

“Belajar secara dalam talian tidak sama macam di sekolah, face-to-face. Ibu bapa macam kami siang bekerja, kalau macam pagi ni saya bawa (Muhhamad Alliff) tapi adik dia yang dua orang di rumah  tak dapat dipantau, jadi sedikit rumit buat online, katanya kepada Bernama ketika ditemui di gerainya di Adda Heights, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya penggunaan data Internet yang banyak bermakna kos lebih tinggi baginya yang hanya berniaga makanan di warung dan suami yang bekerja di kilang beras berdekatan.


Nur Syuhada berkata liputan Internet di rumahnya juga kurang memuaskan berbanding di kawasan gerai dia berniaga, namun di sebalik semua kekangan itu dia tetap mencari kaedah lain untuk memastikan pembelajaran anak-anaknya, termasuk dua lagi yang  berusia 10 dan tujuh tahun, berjalan lancar.

“Buat masa ni, untuk anak yang tahun satu,  kita ikut budi bicara cikgu. Cikgu nak buat Google Meet, jadi kami buat  9 malam, itu waktu yang ibu bapa ada. Untuk lagi seorang, kami masih belum dapat kata putus sebab tiada yang dapat pantau di rumah sebab suami bekerja dan saya pun berniaga.

“Tapi kami tetap cuba… kita minta cikgu bagi pada kita supaya kita dapat buat salinan nota dan cetak balik nota dan kemudiannya bagi anak belajar,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Desa Mutiara. – BERNAMA

Kategori