Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MaGIC Laksana 8 Program...

KUALA LUMPUR - Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang berpusat di...

Menyesal Tidak Sudah, Lidah...

BENARƂĀ kata orang bahawa ada kesalahan yang dibayar cash atas segala tindakan yang dilakukan...

Pembantu Rumah Bebas Hukuman...

Jakarta - Seorang wanita warga Indonesia selamat tiba di tanah air, kelmarin apabila...

KLIA2: Pelan Mitigasi Gangguan...

KUALA LUMPUR - Satu pelan mitigasi telah dilasanakan untuk memastikan keselamatan penumpang berikutan...

Bekas SUSK Bekas Menteri Didakwa Lagi Berhubung Rasuah

SHAH ALAM – Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas 18 pertuduhan berhubung rasuah, didakwa lagiĀ melibatkanĀ enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hashim, 29, mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut tiga pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM90,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada.

Wang tersebut sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia serta Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia untuk Inter Bev Network.

Bagi tuduhan keempat hingga keenam, Mohd Saifullah didakwa menerima dan meminta suapan bernilai RM16,500 daripada Ronald Seto, juga melalui Roslan, iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Temasya Anggun, Glenmarie di sini;Ā Kota Damansara, Petaling Jaya;Ā Dengkil, Sepang dan di Bandar Puteri, Puchong antara 21 DisemberĀ 2018 hingga 30 Mac 2019.

Kesemua pertuduhan  dibuat menurut  Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya,Ā Muhammad Asyraf Mohamed Tahir manakalaĀ tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.

Muhammad Asyraf kemudian memohon  agar kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibacakan dan dibicarakan bersama 18 lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh pada 23 Sept ini.

Pihak pendakwaan turut menawarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.

Hakim membenarkan kedua-dua permohonan itu.

Pada 19 Ogos lepas, Mohd Saifullah didakwa atas 18 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian berkenaan. – BERNAMA

Kategori