Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Yakin Dapat Rampas...

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (PAN) yakin akan dapat ambil alih pentadbiran...

22 Penagih Dadah Ditahan...

BUTTERWORTH - Polis menahan 22 lelaki yang sedang leka menghisap dadah di sarang...

Kes Tumbuk: Tentera Darat...

TENTERA Darat Malaysia telah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat kes pegawai kanannya menumbuk...

Mayat Naib Ketua Armada...

KOTA TINGGI - Mayat Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi...

Bekas PM Britain Terima Dana Mewah Saudi

LONDON – Jika di Malaysia, bekas perdana menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa tahun lalu pernah ditohmah jahat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam isu dana ‘panas’ RM2.6 bilion.

Perdana menteri usia tertua di dunia itu dengan angkuh mendakwa tidak percaya ia diderma kerabat diraja Arab Saudi dan hina pemimpin Asia Barat tersebut apabila berkata hanya Tok Arab gila sanggup berbuat demikian.

Begitulah hebat fitnah Mahathir semata-mata kerana benci terhadap Najib sehingga mengakibatkan kerajaan Arab Saudi bertindak ‘jauh diri’ daripada pentadbiran Pakatan Harapan dan lebih rapat dengan pemimpin UMNO pula.

Namun lain pula kisahnya di Britain apabila hubungan Tony Blair dengan Arab Saudi disiasat ekoran pendedahan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan di bawah namanya telah menerima jutaan pound dari Riyadh.

Akaun kewangan diterbitkan semalam oleh Institut Tony Blair mengesahkan laporan awal bahawa bekas perdana menteri Britain itu pernah terima sumbangan sehingga AS$12 juta (RM49 juta) daripada kerajaan Arab Saudi.

Derma itu, menurut akhbar Financial Times, berasal dari sebuah organisasi asing dengan nama Media Investment Limited (MIL), yang merupakan anak syarikat Saudi Research & Marketing Group, dan berdaftar di Guernsey.

Penerbitan akaun itu mengesahkan laporan Institut Tony Blair ada perjanjian dengan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, penguasa Arab Saudi yang efektif, awal tahun ini untuk bantu program pemodenan negara Islam itu.

Ia adalah perjanjian pertama melibatkan Institut Tony Blair yang ditubuhkan pada 2016 ekoran laporan eksklusif akhbar Telegraph mendorong NGO tersebut untuk tampil mempertahankan hubungan baiknya dengan Riyadh.


Institut berkenaan malahan menegaskan bahawa bekas ketua kerajaan Britain itu tidak menerima apa-apa bayaran dan keuntungan tidak dihasilkan daripada kerja perundingannya.

Mereka menegaskan bahawa misi institut tersebut adalah untuk menggalakkan kestabilan dan pembaharuan di rantau Timur Tengah – dengan kakitangan yang berpangkalan di UAE, sekutu utama Arab Saudi.

Ekoran pendedahan itu, ada persoalan dibangkitkan atas beberapa keputusan institut, termasuk Blair sendiri, yang sokong campur tangan Britain di Syria – satu dasar yang akan beri manfaat kepada pembangkang disokong Riyadh.

Institut Blair juga pernah menulis artikel yang memuji Mohammed Bin Salman semasa lawatan putera mahkota itu ke Britain pada awal tahun ini. – Middle East Monitor/Mynewshub.TV

Kategori