Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN Selangor Sedang...

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor sedang memperhalusi manifesto parti itu bagi...

Nora Danish: Jangan Terkejut...

WALAUPUN mengakui sudah berpisah namun Nora Danish mengatakan jangan terkejut sekiranya dia berkahwin...

Polis Tumpas Kumpulan Samun...

KUALA BERANG - Polis Terengganu menumpaskan kumpulan samun ‘Geng Dek’ dengan tertangkapnya empat...

PRU14: UMNO Kedah Buat...

ALOR SETAR – Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diminta menghantar laporan post-mortem...

Bekas Perogol Bersiri Kanada Sudah Insaf?

APAKAH ada peluang kedua untuk bekas perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah untuk meneruskan kehidupan di negara kelahirannya selepas dipenjarakan selama 24 tahun di Kanada?

Itu persoalan yang timbul selepas berita mengenai bekas banduan berusia 56 tahun dibebaskan selepas menjalani hukuman di sebuah penjara di Toronto, Kanada.

Pada 1992, mahkamah Kanada menjatuhkan hukuman 24 tahun ke atas Selva selepas didapati bersalah atas 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan penggunaan bahan larangan seperti dadah, 10 pertuduhan pelbagai serangan dan kesalahan lain.

Bekas Perogol Bersiri Kanada Sudah Insaf?

Selva yang berasal dari Pulau Pinang akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.30 pagi Selasa dengan menaiki pesawat Qatar Air QR0488 dari Doha, selepas melakukan pertukaran penerbangan dari Kanada.

Nyata kepulangan Selva bukan sahaja dinantikan keluarga tetapi juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus merakam percakapannya sebaik tiba di KLIA.

Portal berita FMT melaporkan Selva adalah seorang jejaka yang diminati ramai wanita sehinggakan sukar dikawal oleh ibu dan bapanya.

Bekas Perogol Bersiri Kanada Sudah Insaf?
S. Selva Kumar

Bapanya yang sudah meninggal dunia pernah bekerja sebagai pegawai kanan kerajaan manakala ibunya yang sudah uzur kini tinggal di Sungai Buloh, Selangor.

Media sebelum ini melaporkan Selva dikatakan berasal daripada keluarga berada di Pulau Pinang.

Menurut seorang sumber yang rapat dengan keluarga Selva yang enggan namanya didedahkan berkata, disebabkan sikap bekas banduan itu, dia dihantar belajar ke luar negara.

“Dulu semasa di Malaysia, Selva Kumar diminati ramai wanita kerana rupa paras beliau yang agak tampan.


“Oleh kerana keluarga tidak mampu mengawal Selva yang nakal, mereka membuat keputusan menghantarnya belajar ke luar negara,” katanya yang dipetik dari FMT.

Bekas Perogol Bersiri Kanada Sudah Insaf?

Menurut sumber tersebut, keluarga Selva kesal dengan laporan media luar negara yang menganggap bekas banduan itu bakal mengulangi kesalahan lampaunya apabila kembali ke Malaysia.

“Berdasarkan maklumat keluarga, dia benar-benar sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya.

“Saya juga berharap begitu, sebab dia sudah betul-betul insaf dan apa yang orang perkatakan sebelum ini hanya persepsi buruk,” katanya yang menyifatkan tuduhan mengenai jumlah mangsa Selva lebih 1,000 orang adalah tidak logik.

Sebelum ini media ada melaporkan mengenai Selva pernah berkahwin dengan wanita yang berasal dari Kanada namun sudah bercerai selepas dia dijatuhkan hukuman penjara.

Selva dikatakan akan menetap di Kuala Lumpur dan bukannya di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak telah mengeluarkan perintah larangan terhadap bekas banduan itu untuk memasuki negeri tersebut kerana melakukan kesalahan yang agak serius. – MYNEWSHUB.CC

Kategori