Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Malam Nanti Saya Hantar...

SEKUMPULAN pelajar dari Sekolah Menengah (SMK) Kangkar Pulai di Johor Bahru melalui pengalaman...

Hantu Doktor Bunuh Diri...

Hantu doktor yang membunuh diri di Honduras, dikatakan telah menghantui tempat di mana...

Tahniah! Syarif Selamat Timang...

TAHNIAH kami ucapkan kepada bekas anggota Kumpulan Sleeq, Syarif yang kini selamat menimang...

Jangan Lupa Kerugian Berbilion...

Malaysia harus ingat, ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,...

Bekas Perogol Bersiri Diharam Masuk Ke Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah telah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar daripada memasuki negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata lelaki berusia 56 tahun itu tidak diterima negeri itu kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh mengambil risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak secara bebas. Kami perlu melindungi rakyat kami,” kata Musa dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya Jabatan Imigresen Negeri telah diarah menguatkuasakan larangan itu dengan serta-merta.


Selva Kumar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Pihak berkuasa Kanada mengusir pulang lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu selepas dibebaskan pada 29 Jan lepas. – BERNAMA

Kategori