Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Perodua Melancarkan Bezza Di...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara...

Idris Selar Pendakwah Bebas...

PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad...

Umno Terima 4995 Permohonan...

KUALA LUMPUR: UMNO menerima 4,995 permohonan keanggotaan baharu secara dalam talian sejak sistem...

‘3E’ Bantu Pembeli Miliki...

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat swasta terbabit dengan aktiviti...

Bekas Pengarah DBKL Dibebas Salah Guna Kedudukan

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, daripada lapan tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan lapan unit kondominium bernilai hampir RM2 juta.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Syed Afendy Ali, 58, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman dipenjara lapan bulan dan didenda RM80,000 selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan denda RM80,000 dipulangkan kepada Syed Afendy Ali.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Sebaik mendengar keputusan itu, Syed Afendy Ali dilihat menangis dan terus melakukan sujud syukur di dalam kandang tertuduh.

Sequerah dalam penghakimannya, berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen dalam Seksyen 165 Kanun Keseksaan bahawa perayu menerima untuk individu yang disebut iaitu harta teralih seperti dalam pertuduhan.

“Sehubungan itu, mahkamah membenarkan rayuan perayu dan semua denda dipulangkan,” katanya.

Pada prosiding itu, Syed Afendy Ali diwakili peguam Hamidi Mohd Noh manakala Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani Zainal @ Zainol bertindak bagi pihak responden.

Norzilati ketika ditemui media, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Pada 20 Mac 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Allaudeen Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Syed Afendy Ali, di akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM10,000 bagi kelapan-lapan pertuduhan itu dan diperintahkan menjalani hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda serta memerintahkan hukuman berkenaan berjalan serentak.


Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Syed Afendy Ali untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kelapan, Syed Afendy Ali, yang ketika itu Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan (JPEPP) DBKL, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan lapan unit kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak di sini.

Aset itu masing-masing bernilai RM249,990 daripada syarikat Danau Lumayan Sdn Bhd adalah untuk empat individu iaitu Minah Abdullah, Mazwan Amin Mohd Noor, Syed Ashraf Ali Syed Afendy Ali, dan Rodziah Abd Samad.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Pengarah JPEPP DBKL, di Kuala Lumpur, di antara 6 September 2013 dan 16 Oktober 2014 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, mahkamah melepas dan membebaskan Syed Afendy Ali, yang ketika kejadian bertugas sebagai Timbalan Bendahari di Jabatan Kewangan DBKL daripada menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan satu unit kedai pejabat tiga tingkat di Pusat Perdagangan Danau Lumayan Avevue, Bandar Tun Razak bernilai RM930,000 daripada syarikat Danau Lumayan untuk Rodziah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Bahagian (Pembangunan & Penswastaan), Jabatan Kewangan DBKL pada 2 Mac 2009 dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sama.

Tertuduh turut dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 (Akta 613) membabitkan RM1.5 juta. – BH Online

Kategori