Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Barcelona Belum Putus Asa,...

BARCELONA mengemukakan bidaan ketiga bernilai 55 juta pound sterling (RM293 juta) kepada Chelsea...

Jelutong ‘Budak Jahat’ Terus...

KUALA LUMPUR – Setiap kali Ahli Parlimen Jelutong berdiri dalam Dewan, sudah pasti...

680 Warga China Ditahan,...

JABATAN Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China...

PAS Dedah Rancangan Kepung...

KUALA LUMPUR - PAS mendedahkan tentang rancangan aktivis Pakatan Harapan, Hishamuddin Md. Rais...

Bekas Pemimpin Ajaran Sesat ‘Rasul Melayu’ Telah Bertaubat

BEKAS pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai ‘Rasul Melayu’ akhirnya telah kembali ke pangkal jalan dengan melafazkan taubat.

Abdul Kahar melafazkan taubat itu dalam sebuah Majlis Istitabah yang dianjurkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan memohon ampun kepada Allah atas kedustaanya selama ini.

ee0f3f1b778456433fcbc282afe2f68a
Abdul Kahar

“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.

Dalam majlis itu, Abdul Kahar turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam.

Selain itu, Abdul Kahar juga menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Dia juga berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah ‘Rasul Melayu’.


Sebelum ini, Abdul Kahar pernah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah juga memerintahkan Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir bermula 2 Mac tahun lalu sebelum hukuman pemenjaraan tamat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: MalaysiaKini

  • Lagi berita berkaitan:
  • Allah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori