Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Apple Keluarkan Jam Bersadur...

CALIFORNIA – Syarikat Apple semalam melancarkan jam tangan edisi terhad bersalut emas 18...

Wanita Rayu Agar Seluar...

BULAWAYO (Zimbabwe) - Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan...

Zainal Abidin Jurulatih Baharu...

MELAKA - Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan...

4 Suspek Terbabit Kes...

Kuala Lumpur : Empat lagi suspek yang dipercayai terbabit kes rogol berkumpulan seorang...

Kerana Nasi Goreng Ferdinand, Netizen ‘Berbalah’ Di Twitter

STATUS bekas pemain bola sepak Manchester United, Rio Ferdinand di laman  sosial baru-baru ini berjaya mencetuskan ‘perbalahan’ netizen dari Singapura dan Indonesia.

Dalam status Twitternya, bekas bintang bola sepak England itu memuat naik gambarnya bersama sepinggan nasi goreng dengan kapsyen, “Robe game is nice! Nasi goreng lunch…Keeping it local in #Singapura.”

Netizen dari Singapura dan Indonesia memberi respon terhadap status tersebut yang mendakwa makanan tersebut berasal dari negara mereka.

Bekas Pemain Bola Sepak MU 'Hangatkan' Laman Sosial Kerana Nasi Goreng

Ada netizen yang menulis di laman sosial “Jika anda mahu nasi goreng sebenar dan sate … Sila datang ke Indonesia dan tidak ada ‘nasi’ dan ‘goreng’ di Singapura.”

Netizen dari Singapura pula menyangkal dakwaan mengenai hidangan nasi goreng dari Indonesia kerana ianya adalah dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia.


Seorang pengguna, Voldemort Putin, melemparkan respon yang berbeza iaitu “Ohhh, Nasi Goreng boleh membuat tuntutan tetapi jerebu tidak boleh,” katanya memerli netizen dari Indonesia.

The Straits Times melaporkan, Rio berada di Kota Singa bagi menyaksikan kejohanan Grand Prix Formula One di Marina Bay City. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori