Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak negara, Wan Hassan Wan Ibrahim meninggal dunia petang semalam di rumahnya di Kampung Cherang di sini akibat kegagalan fungsi paru-paru.

Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 pagi ini.

Anak bongsunya, Wan Fadhilah, 38, berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang semalam setelah dua tahun menderita lumpuh separuh badan.

“Doktor mengesahkan paru-paru ayah tidak berfungsi dengan baik dan tersumbat dengan kahak yang banyak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Wan Hassan lumpuh separuh badan sejak pertengahan 2017 dan kesihatannya mulai merosot selain susut tubuh badan bermula awal tahun ini.

Loading...