Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Sesak, Nahas...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ibu negara sesak...

Saran Universiti Awam Jalin...

SEOUL - Universiti Awam (UA) Malaysia disaran agar menjalin kerjasama dan mengadakan program...

Cawangan Starbucks Di Bangsar...

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal,...

Mayat Pelancong Perancis Yang...

KUANTAN - Mayat pelancong Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa...

Bekas Pelajar Dakwa Tiada Budaya Buli Di UiTM

KISAH viral ‘Batch Ferrari’ membuli pelajar junior yang disiarkan Mynewshub semalam, mendapat perhatian bekas pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana.

Rata-rata mereka, menafikan dakwaan bahawa budaya buli dan ragging memang sudah menjadi asam garam fakulti tersebut.

Menerusi Twitter bekas pelajar dikenali sebagai Elmira A. menafikan, budaya buli adalah ‘tradisi’ fakulti berkenaan.

Hal ini kerana dia dan rakan-rakan yang merupakan antara pelajar terawal memasuki fakulti tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1998 tidak pernah diperkenalkan dengan budaya sebegitu.

Melalui tweetnya, Elmira menzahirkan apa yang berlaku di UiTM Puncak Perdana sebagai budaya baru dan tidak seharusnya dikaitkan sebagai tradisi.

twitter

FiTA UiTM Puncak Perdana mula mendapat perhatian apabila kumpulan senior dikenali sebagai ‘Batch Ferrari’ didakwa telah  ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.

Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.

Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.

Tidak bersetuju dengan hal berkenaan, pelajar junior ini kemudian ‘mengadu’ dengan memuat naik perkara itu di Internet.

Rata-rata netizen memberi respon bahawa budaya buli seperti itu adalah ketinggalan zaman dan selayaknya hanya dilakukan ketika zaman persekolahan sahaja.


Dalam pada itu, ada antara pelajar menyifatkan perbuatan membuli pelajar junior adalah seperti ‘karma’.

BACA: Buli Junior UiTM ‘Batch Ferrari’ Trending Di Twitter

BACA JUGA: Buli UiTM – Pelajar Perempuan Disuruh Beronani?

twitter1

fb

‘What goes around, comes around’ kata mereka. Kiranya mereka pun nak pelajar junior merasai bagaimana rasanya dibuli pelajar senior seperti mana pernah dilalui mereka.

Malah, ada juga yang mengatakan pelajar masa kini bersifat terlebih manja dan langsung tidak boleh ‘susah’ sedikit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori