Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Werewolf Dari Bangladesh Ada...

SIAPA tak kenal dengan sutradara popular Mamat Khalid. Setiap naskhah filemnya pasti membawa...

Wayne Rooney Atlit Bawah...

WAYNE Rooney satu nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak.Terbaharu, Kapten...

Laporan Palsu: Tolong Jangan...

KUANTAN - Polis Pahang memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap...

Seorang Maut Tunjuk Perasaan...

ACAPULCO - Seorang penunjuk perasaan maut apabila pertelingkahan berlaku di antara polis Mexico...

Bekas Naib Pengerusi DAP Calon PAS Di DUN Tras

KUANTAN – Bekas Naib Pengerusi DAP Raub, Chin Choy Hee yang mengesahkan keluar daripada DAP dua hari lepas, dinamakan sebagai calon PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Jabar selepas Chin mengesahkan keanggotaannya dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini.

Chin mengesahkan beliau telah keluar daripada DAP pada dua hari lalu, selepas menyertai parti itu sejak tahun 2007.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kerusi DUN yang ditandingi PAS di Pahang menjadi 41 dengan DUN Triang menjadi satu-satunya kerusi DUN yang tidak ditandingi parti itu.

Pada 19 April lalu, Rosli juga mengumumkan PAS akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di Pahang.


DAP pula telah mengesahkan Chow Yu Hui akan mempertahankan DUN Tras pada pilihan raya kali ini manakala calon Barisan Nasional (BN) masih belum diputuskan. – BERNAMA

Kategori