Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AS Kecewa Pegawai Amnesty...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS), semalam berkata, 'sangat terganggu' dengan penahanan semula pengerusi...

Warga Emas Indonesia Sah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa seorang warga Indonesia telah...

Guru Seret Murid Autistik...

KENTUCKY - Seorang guru dipecat kelmarin selepas rakaman video yang menunjukkan dia menyeret...

Sabah Perlu Diberi Perhatian...

KOTA KINABALU - Sabah perlu diberi perhatian khususnya dari segi pembangunan yang sama...

Bekas Menteri, Setiausaha Agung UMNO Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR : Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.

Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

“Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

“Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) yang kini berada di Sarawak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Menurut Zamri, Allahyarham dijangka dikebumikan esok, namun waktu dan lokasi masih belum dapat dimaklumkan.

“Tan Sri ni seorang yang suka berterus-terang, tegas dan sangat menepati masa. Perancangannya untuk kita bersama-sama PM (Perdana Menteri) sambut ulang tahun kelahiran Allahyarham Tan Sri pada 11 Dis ini, namun Allah lebih sayangkannya,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini pernah menyifatkan Sabbaruddin Chik sebagai sifu dan mentor politik yang tidak mampu dibalas jasanya.


Tarikh lahir: 13 Disember 1941
Umur: 80 tahun
Asal: Temerloh, Pahang
Anak: Empat orang

Pendidikan:
Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Universiti Malaya (1963)
Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam, Institut Pengajian Sosial, Belanda (1974)

Politik:
Ahli Parlimen Tempoh (1982-1999)

Jawatan Dalam Kerajaan:
Timbalan Menteri Kewangan (1982 hingga 1987)
Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1987 hingga 1997)

Jawatan politik:
Setiausaha Agung UMNO

Jawatan korporat:
Pengerusi Amanah Raya Berhad
Pengerusi Bank Rakyat

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori