Bekas Isteri Perokok, Jimmy Shanley Bimbang Kesihatan Anak

MASIH belum berkesudahan rupanya ‘drama’ hak penjagaan anak pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley, 34, dan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28.

Kelmarin telah berlangsung perbicaraan kes bagi mengetepikan perintah hak bermalam terhadap Jimmy yang dikemukakan oleh Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menerusi perbicaraan itu juga, pengacara itu mendedahkan yang dia bimbang kesihatan Zahra Rania Shanley, 2, akan terjejas kerana bekas isterinya merupakan seorang perokok.

“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,” ujarnya.

Pada masa yang sama, dia juga risau bekas isterinya itu tidak mampu mendidik anak mereka dengan baik dan terlalu dimanjakan dengan kemewahan.

Kami sendiri pun tak tahu hendak menyebelahi siapa dalam hal ini.

Sebabnya, masing-masing pasti punya alasan kukuh untuk mempertahankan pendirian mereka.

Apapun, diharapkan agar kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan dengan segera demi kebaikan anak mereka yang masih belum mengerti apa-apa…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC