Bekas CEO, Isteri Bakal Dituduh Pecah Amanah RM140 Juta

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan isterinya yang juga seorang pengarah syarikat yang disenarai dalam BURSA Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Sumber berkata, kedua-dua mereka masing-masing berusia 63 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Difahamkan kedua-dua mereka sebelum ini dipanggil untuk membantu siasatan dan diambil keterangan berhubung kes berkenaan.

“Pasangan suami isteri itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 409 Kanun Kesiksaan,” katanya. – myMetro Online