Bekas CEO 1MDB Ke Kandang Saksi, Baca Keterangan 270 Halaman

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif dan pengarah 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang akan membaca keterangan paling panjang dalam perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, masuk ke kandang saksi.

Shahrol, saksi pendakwaan kesembilan, akan membacakan keterangan setebal 270 halaman, dengan 600 perenggan.

Seorang ahli pasukan pendakwaan memberitahu FMT bahawa Shahrul akan berada dalam kandang saksi sepanjang minggu ini kerana beberapa dokumen penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.

Shahrol adalah CEO pertama 1MDB dan memainkan peranan penting dalam tahun-tahun pembentukannya.

Sebahagian besar urusniaga besar dan pinjaman syarikat itu berlaku semasa dia berada di syarikat itu.

Ia termasuk pemerolehan aset-aset tenaga antara 2012 dan 2013.

Dia menjadi perhatian apabila laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016 menyalahkannya atas salah urus di 1MDB.

Selepas empat tahun di 1MDB, Shahrol menyertai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pada Mac 2013 sebagai seorang pengarah.

Beliau bersama Malaysia Petroleum Resources Corporation sehingga tahun lepas dan sekarang menganggur.

Namanya juga dalam senarai hitam keluar negara kerana siasatan 1MDB.

Shahrol pernah bekerja sebagai seorang perunding dengan Accenture selama lebih 13 tahun dan pada usia 35, dia meninggalkan Accenture sebagai seorang rakan eksekutif dan pengarah urusan untuk menyertai 1MDB.

Pada ketika itulah beliau bertemu dengan ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho.

Menurut kenyataan pembuka yang dibacakan pendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram pada 28 Ogos, 1MDB pada asalnya merupakan Lembaga Pelaburan Terengganu.

Beliau berkata Najib memainkan peranan penting dalam perubahan namanya dan mengenakan pengaruh ke atas lembaga 1MDB untuk melaksanakan transaksi-transaksi tidak normal dengan cepat.

Kenyataan itu berkata matlamat utama Najib adalah memperoleh suapan bagi dirinya dan kepura-puraan terperinci digunakan.

Ia dilakukan dalam empat fasa beberapa watak memainkan peranan, dengan Najib memainkan peranan penting bersama Jho Low.

Shahrol dijangka menceritakan kepada mahkamah peristiwa-peristiwa dari era TIA dan tiga fasa berkenaan dalam kes itu.

Najib berdepan dengan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa membabitkan dana didakwa milik 1MDB yang dimasukkan ke akaun AmBank beliau.

Beliau dituduh menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh sogokan RM2.28 bilion pada Februari 2011 dan Disember 2014.

Dia juga didakwa memindahkan dana tak sah sebanyak RM2.28 bilion ke akaun banknya dan kemudiannya menggunakan duit itu. – FMT

Loading...